29 Ogos 2013

Posted by jinson on 29.8.13 No comments
Nam Ron Pernah Nak Bunuh Diri Kerana PsikoKUALA LUMPUR, 29 OGOS 2013: Bila ada pihak yang mengklasifikasikan sesebuah karya filem yang dihasilkan itu tanpa tahu istilah mahupun terma yang sepatutnya digunakan, ia sedikit sebanyak memberikan impak kepada kecenderungan penonton untuk datang ke panggung menonton filem.
 Perkara ini ditegaskan pelakon dan pengarah, Nam Ron yang bakal mempertaruhkan karya arahan pertamanya di layar perak iaitu Psiko, Pencuri Hati bermula 5 September ini.
 Tambah pelakon yang terkenal dengan karektor serta gaya lakonan tersendiri itu, penggunaan istilah filem berat dan filem tak berat serta art film adalah penyumbang kepada persepsi yang akan menghadkan penonton memberi ruang buat minda mereka menerima gaya pengarahan yang jarang ditampilkan dalam penghasilan filem di negara ini.
 "Saya mohon kepada media atau sesiapa yang membuat ulasan dan juga mentafsirkan Psiko, Pencuri Hati tidak mengkelaskan atau mengatakan filem bergenre sebegini berat atau art film kerana penggunaan berat itu akan menjadikan penonton berfikir dua kali serta mengelak untuk menonton filem Psiko, Pencuri Hati. "Bukan kerana kutipan yang saya utamakan, tetapi saya mahu orang tempatan membuka mata dan memberi peluang kepada karya seperti ini.
 Penonton sekarang lebih gemar menonton filem santai dan saya tidak ada masalah dengan pilihan mereka, tetapi saya harap mereka dapat meluangkan masa untuk menonton filem ini juga. "Satu lagi orang suka nak letakkan sesebuah filem itu art film dan sebagainya, tetapi pada saya apa sahaja filem yang dihasilkan adalah seni (art).
Jadi apa yang dimaksudkan dengan art film atau filem berat, itu hanya satu tanggapan. "Apa kata jika ada masa terluang untuk sokong karya bergenre baru dimana pengarah tempatan bertungkus lumus mengetengahkan idea untuk memberi anda lebih pilihan kala masuk ke dalam panggung wayang,"jelasnya. Nam Ron turut berpuas hati dengan hasil kerja pertamanya dan mengambil gaya pengarahan Quentin Tarantino sebagai rujukan mengarah Psiko, Pencuri Hati.
 Pengkisahan serta peristiwa yang digambarkan Nam Ron di dalam filem mainstream arahan pertamanya ini, 60 peratus daripadanya pernah dilalui serta berlaku dalam hidupnya. Ini termasuklah perkara yang serius seperti hampir membunuh diri dan sebagainya.
 "Memang benar, boleh dikatakan kebanyakkan adegan yang bersahaja itu nampak rileks. "Ini kerana saya sudah dapat bayangkan serta saya menggunakan formula di mana pelakon sendiri mengembangkan karektor tanpa berpandukan skrip.
 "Ia akan memberikan ruang kepada kreativiti para pelakon untuk mengeluarkan karektor tersebut disamping menjadikan ia lebih natural. "Memang filem saya ada perkaitan dengan kehidupan yang pernah saya lalui. Antaranya seperti kisah bunuh diri dan sebagainya, itu pernah saya lalui," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog