29 Ogos 2013

Posted by jinson on 29.8.13 No comments
Kredit foto Faisol Mustafa
Pengarah dan pelakon, Namron mengakui garapan filem sulung arahannya, Psiko Pencuri Hati merupakan kisah pengalaman sebenar yang dialami dirinya sendiri ketika menghadapi tekanan masalah dan kemurungan, satu masa dulu. “60% filem ini ada kena mengena dengan pengalaman saya sendiri. Saya pernah tertekan sehingga saya pernah cuba terjun bangunan, melintas jalan sehingga hampir dilanggar dan banyak lagi. Cuma, saya tak membunuh lah. Kemudian ada seorang teman menasihati saya supaya menzahirkan pengalaman-pengalaman saya itu dalam bentuk karya saya,” ujar Namron ketika ditemui pada majlis pratonton filem Psiko Pencuri Hati di e@Curve, Kuala Lumpur, kelmarin. Selain itu, pada asalnya karya berjudul Karma ini merupakan sebuah karya yang lebih kepada filem arus perdana. Tetapi Namron memberitahu dia telah menyuntik 'jiwa indie' dan mengolah semula skrip serta plot filem berkenaan. Sekaligus menyifatkan karya taruhannya itu sebagai eksperimentasi bagi membangkitkan semula keghairahan para pencinta filem tanah air kembali semula menonton karya-karya tempatan di pawagam. "Mulanya bila saya dapat karya ni daripada penerbit, tajuknya Karma dan ia lebih pada mainstream. Tpai saya lebih senang menghasilkan filem ini dengan cara saya sendiri. Jadi struktur skripnya diubah dan 'semangat indie' tu saya bawakan bersama dalam filem ni. "Saya bukan syok sendiri tetapi ini adalah sebagai satu eksperimen. Pada saya, kalau kita tak berani lakukan eksperimen, sampai bila pun kita tak cuba menyelesaikan masalah untuk mengajak semula para penonton kembali menonton filem tempatan di pawagam-pawagam. "Selesai penggambaran saya hanya tawakal dan redha. Kami orang seni dah jalankan kerja kami. Jadi setelah siap, filem ini milik Allah. Kalau dia gagalkan saya, saya bersyukur kerana itu yang diberikan kepada saya", katanya lagi.

Namron bersama antara barisan pelakon filem 'Psiko Pencuri Hati'. (dari kiri) Amerul Affendi, Julia Ziegler, Syed Hussein, Sharifah Amani dan Bront Palarae. Kredit foto Faisol Mustafa.
Berkongsi sedikit pengalaman sepanjang 15 hari penggambaran, Namron berkata beliau mendapat kerjasama yang cukup baik daripada semua pelakon. Malah katanya, walaupun bajet filem ni rendah tetapi tidak bermakna pihaknya tidak menitikberatkan kualiti hasil filem ini. Penampilan barisan pelakon dan skrip yang hebat merupakan kekuatannya pada jalan cerita Psiko Pencuri Hati. Setiap pelakon tidak diberikan skrip terlebih dulu tetapi mereka sama-sama berlatih babak demi babak yang akhirnya terhasillah skrip untuk mereka. Filem ini merangkumi 46 babak yang panjang dan memerlukan kekuatan seseorang pelakon itu sendiri untuk menghidupkan setiap babak", tuturnya. Memulakan penggambaran pada bulan September tahun lalu, Psiko Pencuri Hati di bintangi barisan pelakon hebat seperti Bront Palarae, Sharifah Amani, Syed Hussein, Julia Ziegler, Sheira Ayob dan ramai lagi. Ia bakal ditayangkan bermula 5 September ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog