29 Ogos 2013

Posted by jinson on 29.8.13 No comments
.
Hari ini akhirnya akan bermula tayangan filem tidak habis-habis dihimpit kontroversi Tanda Putera, arahan Datuk Paduka Shuhaimi Baba. Memetik kenyataan di mStar online, penerbit dan pengarah filem tersohor itu bagaimanapun telah membidas Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan menganggap Ketua Menterinya, Lim Guan Eng sebagai berfikiran sempit kerana gagal membezakan karya seni dengan politik.
 Shuhaimi atau mesra dengan panggilan Shumi berkata, tindakan Lim melarang filem Tanda Putera daripada ditayangkan di pawagam seluruh negeri itu sebenarnya menjadikan karyawan seni sebagai mangsa politik. "Jika betul dia (Lim Guan Eng) ingin menyekat tayangan filem tersebut di negeri itu, ia adalah sesuatu perkara yang tidak matang dan bersikap prejudis.
 Beliau seharusnya dapat membezakan politik sempitnya dan industri kreatif negara," katanya. Shumi berkata demikian ketika diminta mengulas langkah kerajaan negeri Pulau Pinang pada Rabu yang meminta semua pengusaha panggung wayang di negeri itu tidak menayangkan filem kontroversi, Tanda Putera.
 Lim mendakwa filem itu mempunyai adegan yang boleh mencetuskan provokasi. apabila beberapa pemuda Cina dipaparkan membuang air kecil di perkarangan rumah Menteri Besar Selangor serta di satu bendera Malaysia.
 Tambah Shumi, jika pihak pawagam menyekat tayangan filem tersebut tanpa persetujuan pihaknya, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) boleh mengambil tindakan menarik balik lesen pawagam kerana filem berkenaan berada di bawah skim wajib tayang.
 "Setakat ini kita tidak ubah apa-apa dan tayangan di Pulau Pinang akan diteruskan kerana filem ini di bawah skim wajib tayang. "Bagi pawagam yang menarik balik tayangan tanpa sebarang persetujuan daripada pihak kami atau Finas, tindakan menarik balik lesen pawagam boleh kenakan," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog