Setiap kali menghadiri sesebuah acara hiburan, pelakon Didie Alias tidak pernah gagal mencuri perhatian ramai menerusi penampilan imej pelik yang selalu digayakan sehingga beliau lekat dengan jolokan 'Lady Gaga Malaysia'.
Bercakap kepada Kosmo!, biarpun selalu dicerca dan dikritik segelintir peminat yang kurang gemar dengan caranya itu lebih-lebih lagi diusia Didie yang mencecah 40 tahun.
Namun ibu kepada lima cahaya mata ini menyatakan anak-anaknya merupakan pihak yang paling banyak mempertahankan dirinya.
Didie juga menjelaskan tindakannya itu bertujuan untuk menampilkan pelbagai kelainan serta mahu meninggalkan kenangan tersendiri buat dirinya dan para peminat.
"Tidak semua acara saya perlu tampil dengan imej pelik. Semuanya perlu bergantung kepada tema yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
"Selepas itu, barulah saya akan berbincang dengan pereka fesyen serta jurumekap tentang penampilan yang akan digayakan supaya tidak nampak terlalu pelik dan melampau," ujarnya.
Sehingga kini Didie memiliki empat orang cahaya mata perempuan dan seorang lelaki iaitu Nurdhaniyah, 20, Muhammad Dhanial, 19, Nur Dinie, 17, Nur Dayini Ahza, 15, dan Nur Diyana, 14, hasil perkahwinan terdahulu dengan pelakon Ridzuan Hashim.
0 ulasan:
Catat Ulasan