14 Ogos 2013

Posted by jinson on 14.8.13 No comments
KUALA LUMPUR, (Bernama) - Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) hari ini membuat laporan polis terhadap tindakan seorang pemilik akaun laman sosial Facebook yang didakwa menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW.
 Pengerusinya, Abdul Rani Kulup Abdullah berkata MJMM mahu polis dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas terhadap pemilik akaun yang menggunakan nama Sally Yen, kerana menghina agama Islam dalam akaun facebook pada 24 Jun lepas.
 "Sebagai umat Islam, ini merupakan satu penghinaan yang melampau dan biadap. Kami mengharapkan polis dan KDN mengambil tindakan sekeras-kerasnya terhadap mereka," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini hari ini.
 Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Supt Nor Azman Muhammad Yusuf ketika dihubungi Bernama mengesahkan laporan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan kerana mengeluarkan kenyataan menghasut.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog