14 Ogos 2013

Posted by jinson on 14.8.13 No comments
KOTA BARU: Mayat seorang lelaki dipercayai rakyat asing ditemui di Sungai Golok, sungai yang menjadi sempadan Kelantan-Thailand, di Kampung Kedap, Rantau Panjang hari ini.
 Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata mayat lelaki yang berumur lingkungan 20-an itu ditemui orang awam tersangkut pada pukat yang dipasang di sungai berkenaan pada pukul 12.40 tengah hari.
 Lelaki itu memakai baju hitam lengan panjang dan seluar pendek paras lutut, katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Mazlan berkata tiada pengenalan diri ditemui daripada mayat itu.
 Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Lati, Pasir Mas untuk bedah siasat.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog