14 Ogos 2013

Posted by jinson on 14.8.13 No comments
Ketiadaan Cham, Bukan Bermakna Along Musuhi Azrul Finalis Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem) dalam Anugerah Lawak Warna, Along Cham menafikan bahawa dirinya merajuk dengan media tempatan. Malah, suami kepada Zila Seeron turut menolak dakwaan bahawa dia cemburu dengan Angah Raja Lawak yang lebih diberi perhatian lebih berbanding dirinya yang mana mereka berdua sering saja bergandingan dalam filem tempatan bersama. "Mana ada saya merajuk. Memanglah saya jarang keluar majalah dan akbar tempatan. Kini, saya lebih menggunakan pendekatan baru . Saya lebih kerap mengemas kini tentang karier dan kehidupan saya di laman instagram milik saya. "Setakat ini, ia berhasil dan mendapat respon yang bagus. Peminat pun dapat tahu tentang saya dan keluarga di sini. Alamat instagram saya ialah Along Raja Lawak. Tentang Angah tu, saya tidak rasa apa-apa yang perlu dijelaskan lebih lanjut kerana saya dengan dia berkawan baik. "Allah berikan rezeki masing-masing. Saya tidak merajuk dengan Angah. Saya dengan dia berkawan rapat. Apa yang diperolehinya adalah ketentuan Allah. Apapun, saya selesa dengan rezeki yang dikurniakan dari Allah untuk saya," kata Along yang bakal berpindah di rumah baru. Menjelaskan mengenai hubungannya dengan Azrul, Along mengatakan kumpulan yang disertai mereka berdua akan wujud seandainya ada permintaan dari peminat. Sekiranya tiada, mereka berdua lebih banyak bergerak secara solo. "Saya dan Azrul masih lagi berbaik. Saya tidak pernah bergaduh dengan dia. Kami masih lagi berhubung. Malah, saya seronok lihat karier Azrul. Kalau buka je Astro Ceria, sana-sini muka dia saja. "Tentang kumpulan Cham, saya rasa ianya masih lagi relevan. Antara satu sebab adalah kerana saya masih lagi dikenali dengan nama Along Cham. Apapun, pengalaman mematangkan kami berdua. Saya rasa tidak perlu wujud pertikaian sebegini. Yang penting,kekerapan keluar di kaca TV bukan bermakna selebriti itu lebih popular atau disukai masyarakat," jelasnya. Mengulas lanjut mengenai isu ini, Along merasakan kumpulan Cham berjaya kerana dirinya dan Azrul kini semakin mendapat tempatan di mata masyarakat tempatan. "Untuk kategori yang mempertandingkan nama saya ini, saya merasakan Shaheizy Sam lebih berpeluang cerah. Apapun, saya bersyukur kerana saya tercalon dalam kategori ini. Alhamdulillah, selepas lebih 3 tahun bersama MIG, kini saya sudah mampu miliki rumah sendiri. Insya-Allah, saya akan berpindah ke rumah tersebut lepas raya ini," ujarnya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog