14 Ogos 2013

Posted by jinson on 14.8.13 No comments
KesSahNya Raya: Zain Nangis, Tasha Shila Tebar Roti CanaiSetiap selebriti pasti ada cerita atau pengalaman ketika kecil mereka sendiri yang tidak dapat dilupakan. Sempena hari raya ini, episod khas KesSahNnya iaitu KesSahNya Raya membongkar cerita beberapa selebriti popular yang pastinya ramai tidak tahu. Terdapat 6 cerita berbeza daripada selebriti tempatan di dalam KesSahNnya Raya iaitu Zain Saidin, Asmidar, Syafie Naswip, Tasha Shila, Nabila Huda dan Fizz Fairuz. Namun kisah pagi raya artis manakah yang paling menarik? Apatah lagi setiap kisah memiliki cerita berbeza. Ada yang lucu dan tidak ketinggalan juga cerita sedih. KesSahNya Raya dimulakan dengan cerita pelakon, Zain Saidin yang bakal membongkar tragedi hari raya pertama ketika dia berumur 10 tahun. Zain memberitahu, dia telah kehilangan sesuatu benda yang berharga di pagi Syawal yang akhirnya telah membuatkan dia sangat sedih dan menangis. Berbeza pula dengan pelakon Tasha Shila. Dia memberitahu ada perkara yang tidak dapat dilakukannya dan paling dirindui pada 1 Syawal iaitu menebar tibai roti canai bersama-sama saudaranya. Tapi mengapa pula Tasha Shila perlu menebar roti canai pula? KesSahNya Raya ada jawapannya. Manakala aktor, Fizz Fairuz pula berkongsi cerita yang agak lucu dan sedih dalam satu kejadian ketika dia dan bapanya bersama-sama mengecat rumah ketika waktu kecil dahulu. Fizz Fairuz memberitahu, itu adalah pengalaman yang tidak dilupakan setiap kali hari Raya, lebih-lebih lagi bapanya sudah pun kembali ke Rahmatullah. Berlainan pula dengan penyanyi Asmidar. Dia memberitahu, pernah suatu ketika dahulu, satu kejadian berlaku ketika dia sedang asik main bunga api di malam raya. Kejadian itu telah membuatkan dia tidak dapat beraya langsung di pagi Syawal dan hanya tidur sepanjang hari. Pelakon filem Mukhsin, Syafie Naswip pula ada cerita tersendiri, katanya semasa sekolah menengah dia pernah merempit tanpa memakai helmet ke rumah -rumah orang untuk berhari raya. Katanya banyak rumah yang telah dikunjunginya sehingga pulang waktu malam. Kisah pelakon terakhir pula, adalah mengenai pelakon Nabila Huda. Nabila memberitahu, aktivti paling dirinduinya ketika kecil apabila menjelang hari raya ialah bermain mercun. Hebatkah Nabila bermain mercun dan adakah Nbila akan mengulangi kenangan itu pada Raya kali ini? Semuanya terjawab dengan menyaksikan KesSahNya Raya bersama Ieka dan tidak ketinggalan hos bersama, Miss Propa.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog