14 Ogos 2013
Posted by jinson on 14.8.13
No comments
KUALA LUMPUR, 14 OGOS 2013: Selepas berjaya menunaikan puasa penuh bulan ramadan dan puasa sunat enam Syawal tahun lalu, penyanyi dan bekas ratu cantik Soo Wincci, 28 sekali lagi berazam untuk menunaikan kedua-dua puasa berkenaan tahun ini.
Malah Syawal tahun ini akan diraikannya sekali lagi dengan amalan berpuasa sunat enam bagi memenuhi niat serta janji terhadap dirinya yang telah dilaksanakannya sejak tahun lalu.
Bercakap kepada portal murai.com.my, Soo Wincci berkata tiada niat lain untuknya meneruskan amalan berpuasa selain mencabar kesabaran minda, selain banyak membantu kesihatan tubuh badannya agar kekal langsing serta bertenaga.
"Sudah dua tahun saya berpuasa di bulan ramadan dan puasa enam syawal. Bukan sahaja badan saya dapat rehat, malahan juga ianya merupakan cabaran minda buat saya.
"Tambahan pula, inilah janji yang telah saya buat kepada diri sendiri untuk berpuasa sekiranya saya berpeluang memasuki peringkat akhir MasterChef Selebriti Malaysia tahun lalu dan nampaknya impian saya itu terlaksana. Jadi saya perlu mengotakannya," katanya.
Tidak kekok berpuasa penuh setiap hari sejak tahun pertama, jelas Soo Wincci dia cukup teruja apabila ada teman-teman berbangsa Melayu yang telah memperkenalkan kepadanya puasa sunat enam syawal yang membuatkan hatinya terbuka untuk melaksanakan puasa berkenaan.
Katanya, walaupun bakal sibuk dengan pelbagai program TV sepanjang Syawal ini, namun dia masih memilih untuk berpuasa enam syawal sebagai cabaran diri terbaik buatnya.
"Ramai kawan-kawan dan juga peminat berbangsa Melayu yang menggalakkan saya untuk berpuasa dan apabila diberitahu akan wujudnya amalan berpuasa enam syawal, saya terus berminat untuk melaksanakannya tanpa ragu-ragu.
"Lagipun saya dapati berpuasa memang bagus untuk saya sekarang kerana saya perlu mendapatkan bentuk dan berat badan ideal untuk sesi latihan tarian tiang bagi konsert saya tidak lama lagi," katanya yang memilih untuk berbaju kurung sepanjang ramadan lalu.
Tambah penyanyi Terus Teranglah itu, keputusan untuk berpuasa pada awalnya telah ditegah oleh ibu bapanya, bagaimanapun selepas mereka melihat dia sering bagun pagi untuk bersahur dan berbuka puasa, mereka mula faham.
Keluarganya sangat teruja kerana corak pemakanan Soo Wincci yang dulunya agak kurang seimbang, kini mula menampakkan perkembangan sihat selepas dia mula berlajar berpuasa.
"Memang banyak berbeza apabila kita berpuasa dan barulah kini saya faham bagaimana nikmatnya berpuasa oleh masyarakat Islam. Memang dapat dirasai, daripada proses bersahur, berpuasa, berbuka puasa dan hari raya. Saya dapat rasainya.
"Ada juga teman-teman Cina saya yang berminat dan mengikut saya berpuasa. Begitu juga dengan pengurus saya. Tapi saya beritahu mereka untuk mencuba dua tiga hari, baru akan dapat rasai perbezannya," katanya.
Meskipun apa yang dilaksanakan Soo Wincci itu bukanlah satu tuntutan agama dan tidak membawa sebarang ganjaran dari sudut agamanya, namun jelas Ratu Malaysia Dunia 2008 itu dia melakukan kedua-dua puasa berkenaan hanya untuk kebaikan dirinya.
Malah dia mula disukai oleh ramai peminat berbangsa Melayu apabila dapat berkongsi topik berkenaan berpuasa kepada mereka walaupun dia bukan berbangsa Melayu dan beragama Islam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Popular Posts
-
Setia Hujung Nyawa - Biodata Nelydia Senrose | Sekarang, pelakon yang pernah membintangi drama Spa Q suatu masa dahulu sudah pun menjadi pop...
-
KUALA LUMPUR, 25 JULAI 2013: Dialah AidiJuita pujaan hati. Kadangkala timbul, namun ada waktunya tenggelam hilang entah kemana tatkala naman...
-
Jika Murai Batu membuka akhbar tempatan di bahagian sukan, nama Tunku Mahkota Johor iaitu D.Y.A.M Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ism...
-
Kebiasaannya saya akan puji pelakon atau ahli sukan apabila berbicara tentang paras rupa. Jarang sekali saya akan puji anak kepada jejaka y...
-
Dalam industri seni tanah air, tidak ramai pelakon kanak-kanak yang mampu bertahan hingga dewasa. Kalau ada pun, bilangannya boleh diki...
-
Yang DiPertuan Agong serta Permaisuri sering kali akan mencemar duli pada setiap Malam Penutupan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarab...
-
Pelakon remaja, Finie Don kemalangan teruk di Cyberjaya - Seorang pelakon remaja, Finie Don yang merupakan kakak kepada Fimie Don terlib...
-
Keputusan sama ada pengacara Ajieb Rosdi bakal berduet dengan kumpulan Ladies Code atau Girls Day masih belum diketahui lagi. Namun, s...
-
KUALA LUMPUR: Seorang pelakon popular 80-an didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas empat pertuduhan menipu dengan menyam...
-
Tidak habis lagi tentang isu hangat perkahwinan kedua Ashraf Muslim dan Wan Sakinah. Semalam muncul seorang individu baru di rancangan Melo...
Senarai Blog Saya
-
-
Isteri bekas bintang NFL curang?11 tahun yang lalu
-
Richard Gere and Carey Lowell Separate: Reports11 tahun yang lalu
-
-
Arkib Blog
-
▼
2013
(2091)
-
▼
Ogos
(279)
-
▼
Ogo 14
(21)
- Video: Pulang Ke Sarawak Awal, Hafiz Suip Bertunan...
- Video: Johan Raja Lawak Bawak Keluarga Ke Venezuela?
- KesSahNya Raya: Zain Nangis, Tasha Shila Tebar Rot...
- Interpretasi Hitam, Seksi Buat Sharifah Shawati!
- Wanita terlepas cubaan culik di Bangsar
- Betul Ke Ni! Berita Majlis Tunang Rozita Che Wan A...
- Atilia Kongsi Lagu Bob Marley Dengan Arwah Bekas S...
- Ketiadaan Cham, Bukan Bermakna Along Musuhi Azrul
- Ini Tahun Kedua Soo Wincci Berpuasa Sunat Enam Syawal
- YA1M Bantu Yazid Search Yang Terlantar Di Hospital
- Tahniah ! 2 Syawal, Ezuwan Ismail Sah Jadi Suami Z...
- Biar Betul! Pamela Anderson ghairah aksi laju!
- MJMM buat laporan polis pemilik akaun Facebook hin...
- Fuiiyo ! Rahsia badan mantap awek Pique!
- Britney Spears habiskan $7juta di McDonalds!
- 'Testicle-munching' Amazon fish found off Denmark
- Russian missing on Indonesian volcano
- Oprah says incident no 'indictment' of Switzerland
- Mayat Warga Asing Ditemui Di Sungai Golok.
- 'CINTA JANNAH' TEMUKAN EARIL ZAFREL & NELYDIA SENR...
- SALAM AIDILFITRI DARI CHESTER (LINKIN PARK) UNTUK ...
-
▼
Ogo 14
(21)
-
▼
Ogos
(279)
0 ulasan:
Catat Ulasan