Bekas model Playboy dan pelakon Baywatch Pamela Anderson yang menawan peminat dengan kecantikan dan juga bentuk badan 36, 22, 34, akan tampil dalam kerjaya baru sebagai pemilik pasukan perlumbaan yang akan bertanding di FIA GT.
Pelakon berusia 46 tahun dari Kanada itu dan pasukannya yang akan dikenali sebagai Race Alliance by Pamela Anderson, akan membuat tundukan kompetitif mereka hujung minggu ini di Slovakia.
Bekas pemandu Formula Satu Vitantonio Liuzzi, yang berlumba untuk Toro Rosso dan Force India, dan Mathias Lauda, anak kepada juara dunia tiga kali Niki Lauda, akan tampil sebagai pemandu-pemandu Anderson.
Ini merupakan kali kedua model Playboy utama Oktober 1989 itu dikaitkan dengan pasukan perlumbaan ini selepas mereka menggunakan perkhidmatannya musim lalu. Pamela pasti berharap usaha kali ini akan lebih berjaya selepas rancangan untuk bersaing di Siri Le Mans Eropah dengan Aston Martin gagal. Jurucakap pasukan Autosport memberitahu:
"Kami ingin name Race Alliance untuk dikenali dan telah mencari pemandu terbaik bagi mereka. 'Pelan ini adalah untuk bertanding penuh pada Siri FIA GT tahun depan, serta 24 jam Nurburgring dan kemudiannya kelibat mereka di NASCAR.'
0 ulasan:
Catat Ulasan