14 Ogos 2013

Posted by jinson on 14.8.13 No comments
Interpretasi Hitam, Seksi Buat Sharifah Shawati! Bekas personaliti TV popular, Sharifah Shawati sedar, tiada yang lebih sempurna dalam penampilan seseorang wanita jika tidak dilengkapi dengan senyuman ikhlas lahir dari hati tulus dan ikhlas. Katanya, ramai wanita masa kini yang mempunyai raut wajah cantik lagi mempersona ditambah pula dengan persalinan nan indah, tetapi tidak mampu menghadiahkan sekuntum senyuman sebagai aset paling penting. "Tiada apa yang lebih penting dalam penampilan seseorang wanita itu jika tiadanya senyuman. Kerana bagi saya seyuman itu sangat penting dalam memastikan kejelitaan dalaman serta luaran seseorang wanita," katanya ringkas. Meminati warna hitam sebagai rona dalam kebanyakan persalinannya, kata pengasas Adamaya Consultancy Services Sdn Bhd itu, warna berkenaan tidak pernah menghampakan penampilannya dalam apa juga acara sekalipun. Namun itu tidak bermakna dia tidak menggemari panahan warna lain kerana baginya setiap warna memberi impak berbeza untuk setiap penampilan, acara dan juga mood. Contohnya pada persalinan kaftan gabungan warna beige dan coklat bercorak belang yang dibelinya di kota Mekah tidak lama dulu merupakan salah satu persalinan kesayangannya sehingga hari ini. Malah katanya, rona putih juga sering menjadi pilihan hatinya terutama putih yang disimbahkan di atas fabrik linen untuk dijadikan persalinan ketika beriadah mahupun berlibur bersama keluarga. "Memang saya sukakan warna hitam. Saya rasa sungguh seksi dan sensual apabila menggayakan pakaian dalam warna ini, apatah lagi disesuai dengan haruman sesuai. "Dalam almari saya terdapat pakaian daripada warna hitam yang kebanyakannya telah disusun rapi oleh pembantu rumah saya. "Kerana sudah terlau lama bekerja dengan saya, maka pembantu rumah saya sudah arif dengan keperluan pakaian saya. Bagaimana untuk menyuai padan sesuatu persalinan dengan kasut, tas tangan mahupun aksesori. Bercerita mengenai aksesori idaman, Sharifah Shawati berkata dia amat gemarkan perhiasan tangan, rantai dan juga telinga yang bersaiz besar bagaimanapun perlu diseimbangkan dengan setiap persalinan agar tidak kelihatan canggung dan sesuai dengan fizikal serta pemakaian.


Penampilan ala Kimono
 Kata Sharifah Shawati, top hitam ala kimono ini dibelinya di Jakarta, Indonesia baru-baru ini daripada rekaan pereka fesyen tempatan, Kinanthi. Begitu juga dengan seluar berpotongan luas seakan skirt ini.


Penampilan kaftan
 Inilah kaftan celoreng glamor yang dibelinya di kota Mekah, tujuh tahun lepas. Disifatkan sebagai persalinan yang cukup eksklusif lagi tersendiri, maka dia baru memakainya beberapa kali


Dandanan rambut
 Ini adalah dandanan rambut yang dilaksanakannya sendiri sesuai untuk dua penampilan berbeza kala di hujung minggu atau menghadiri mesyuarat ringkas.


Tas tangan Prada
Ini adalah salah satu tas tangan kesayangan Sharifah Shawati. Pilihan warna hitam dan rekaan ringkas yang ada pada tas tangan ini menjadikannya cukup sophisticated apabila di jinjing.


Aksesori
 Ini adalah sebahagian daripada aksesori chunky yang menjadi pilihan Sharifah Shawati. Panahan rona emas sangat sesuai apabila digayakan dengan persalinan hitam mempersona.


Stiletto
 Cukuplah pada pakaian dan aksesori. Sharifah Shawati nampaknya memilih rekaan tumit tinggi yang ringkas pada permainan warna yang turut sederhana.


Alat komunikasi
Walaupun semakin ramai yang percayakan teknologi android pada alat telekomunikasi i-Phone mahupun Samsung, tetapi Sharifah Shawati masih yakin dengan kepintaran Blackberry. Tambahan tenaga pada power bank sering di bawanya ke sana ke mari sebagai persediaan pada saat tak terduga.


Alat solek
 Peralatan solek asas seperti bedak kompak, maskara, pelembab bibir, pembayang wajah, haruman dan pembayang mata adalah keperluan yang perlu ada dalam rutin hariannya, lebih-lebih lagi kala menjalani urusan di luar.


Nafas segar
 Bagi memastikan nafasnya sentiasa segar ketika berkomunikasi, Sharifah Shawati memastikan gula-gula pudina Eclipse menjadi pilihannya. Manaka ubat sapu Vicks dapat menghindar daripada bau asap rokok daripada perokok sekeliling.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog