25 Julai 2013

Posted by jinson on 25.7.13 No comments

Wanita-Melayu-diharamkan-jadi-Ratu-Cantik/
Baru-baru ini negara digemparkan dengan berita 4 gadis beragama Islam yang dibuang daripada menyertai pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World.
Alasan yang diberi semasa empat gadis dikatakan tidak dibenarkan sama sekali sertai pertandingan tersebut berdasarkan fatwa yang dikeluarkan semenjak tahun 1996 yang melarang wanita beragama Islam daripada menyertai pertandingan ratu cantik.
 Semenjak fatwa tersebut dikeluarkan, tiada khabar yang menunjukkan mana-mana wanita beragama Islam yang sertai pertandingan ratu cantik. Wanita beragama Islam terakhir yang mewakili Malaysia bagi pertandingan ratu cantik merupakan Erra Fazira, pada tahun 1992.
 Terdapat pelbagai reaksi terhadap tindakan berani empat gadis jelita ini. Ada yang menyokong keberanian mereka kerana negara sudah lama tidak miliki wakil daripada golongan wanita Melayu dan ada pula yang mengkritik keras kerana berani melawan hukum.
 Biar apapun keputusan atau pendapat yang dipegang, kali ini kita kenali dengan lebih rapat empat gadis ini yang rupa-rupanya kesemuanya berdarah kacukan: Wafa de Korte, Sara Amelia Bernard, Miera Sheikh dan Kathrina Ridzuan.
 Wafa de Korte, gadis kacukan Melayu-Belanda yang berusia 16 tahun ini akui tujuan sebenar beliau sertai pertandingan ratu cantik adalah untuk wakiili Malaysia dan membuktikan kepada dunia betapa cantiknya wanita Malaysia.
 Sara Amelia Bernard pula, si jelitawan kacukan Inggeris-Melayu-Iban-Jerman, melihat penyertaan dalam dunia ratu cantik sebagai peluang keemasan untuk menggalakkan wanita cerdik serta bantu mereka yang kurang upaya.
 Gadis kacukan Melayu-Arab Miera Sheikh dan gadis kacukan Melayu-Inggeri Kathrina Ridzuan pula mulakan perjalanan ke alam ratu cantik sebagai peragawati.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog