Sidang media bersama pihak media masih lagi berlangsung di ibu kota pada ketika ini. Dalam sidang media ini, Ashraf Muslim dikatakan sanggup menjawab segala isu yang berkaitan dengan tindakan berkahwin senyap-senyap dengan Wan Sakinah.
Tindakan Ashraf atau nama sebenarnya Mohd Ashraf Muslim, 32, berkahwin senyap-senyap dengan Sakinah benar-benar mengejutkan semua pihak terutamanya bapa mertua kepada isteri pertamanya Dayana iaitu Lokman Abdul Hamid
. Lebih mengecewakan Lokman, Ashraf langsung tidak memberitahu Dayana yang dia telah pergi ke Thailand dengan tujuan untuk bernikah. Sebaliknya Ashraf memaklumkan yang dia ke Thailand atas urusan bisnes.
Dayana hanya mengetahui yang Ashraf telah berkahwin lagi setelah menjumpai dokumen dalam beg pakaiannya dan selepas ditanya barulah Ashraf mengaku. Ashraf yang juga pengamal perubatan Islam berkahwin dengan anak pengasas pusat perubatan Islam, Al-Hidayah iaitu ayana atau nama sebenarnya Noor Dayana Lokman pada September 2011.
Dia juga didakwa memadukan Dayana atas alasan tiada zuriat.
0 ulasan:
Catat Ulasan