Khabarnya, keputusan itu diambil kerana Kris dan Kim mahu program realiti yang sudah pun memasuki musim kelapan itu berakhir sewaktu ia masih di kemuncak popularitinya.
Malah, Kris dan Kim juga mahu menamatkan program realiti itu pada saat peminat masih mahukannya, berbanding cuba untuk meneruskan musim-musim yang seterusnya tetapi akhirnya tidak berjaya.
Sumber menambah lagi, Kris dan Kim Kardashian juga sedang berusaha untuk meninjau peluang baru yang mampu mengembangkan lagi bisnes empayar keluarga mereka.
Keeping Up with the Kardashians adalah program realiti yang memaparkan kehidupan harian keluarga Kardashian dan Jenner, termasuklaj Kim Kardashian dan adik-beradiknya iaitu Khloe, Kourtney dan Rob.
0 ulasan:
Catat Ulasan