25 Julai 2013

Posted by jinson on 25.7.13 No comments
Sham Kamikaze Dikecam Selepas Bicara Soal Agama?Melihat cuaca hari ini yang mendung diiringi berita sedih pemergian seniwati filem Melayu klasik, Datin Hajjah Umi Kalthum, Murai Batu cuba bermuhasabah diri dan melihat kembali diri ini yang serba kekurangan dari segi ilmu serta amal dan ibadat kepada yang Maha Esa
. Dalam pada sibuk muhasabah diri tiba-tiba teringat pada seorang pemuzik handalan industri muzik tempatan kita iaitu Sham Kamikaze yang kini sudah menemui sinar cahaya dalam kehidupan. Semenjak dia dilaporkan berhijrah, Sham memang betul-betul bersungguh menjaga tingkah laku walaupun sejenak pernah dilanda kisah kontroversi rumahtangganya pada tahun lalu.
 Tetapi bukan pasal itu Murai Batu nak cerita. Kes ini melibatkan reputasi Sham sebagai seorang selebriti dan juga seorang Muslim yang telah diberikan tanggungjawab untuk membicarakan soal agama secara terbuka di stesen televisyen Al-Hijrah baru-baru ini. Penampilannya dalam sebuah rancangan berunsurkan tazkirah itu telah dikecam hebat oleh umum yang mempunyai pandangan masing-masing apatah lagi berbicara soal agama dan hukum.
 Sham dikatakan jahil dan tidak layak untuk memberikan dan membincangkan hal sedemikian di dalam rancangan tersebut. Antara pengisian yang disampaikan oleh Sham Kamikaze namun ditolak oleh ramai pihak adalah apabila tazkirah yang bertajuk 'Hadiah Kepada Si Mati' kelolaan bekas gitaris ini yang telah mengemukakan hujah bahawa amalan membaca Al-Fatihah atau bacaan Al-quran tidak sampai kepada si mati.
 Tidak ada nas atau dalil pun yang menceritakan bahawa bacaan Al-quran itu akan sampai pahalanya kepada si mati, jadi janganlah kita membuat kerja yang nabi tidak buat. Persoalan apabila kita mendapat berita kematian apa yang nabi buat?
 Nabi apabila mendapat berita kematian nabi mendoakan almarhum. Hujah ini telah menerima pelbagai kritikan pedas daripada umum dan meminta supaya bekas gitaris Kamikaze ini jangan menyampaikan sebarang ajaran tanpa meneliti dahulu secara terperinci.
 Tapi ada betul juga saranan mereka ini supaya tidak ada percanggahan dan kekeliruan, lagipun bab-bab agama Murai Batu pun tak berani nak komen. Biarlah mereka yang mempunyai ilmu memperkatakannya. Cuma di pihak Sham Kamikaze pastinya dia akan berjauh hati dan tersentap bila menerima komen sedemikian walhal dia hanya mahu berbakti kepada agamanya serta berkongsi apa yang dia tahu.
 Sebagai orang yang baru berhijrah, dugaan seperti ini semestinya ada dan diharapkan Sham bersedia dan tidak patah semangat. Murai Batu ada juga menonton video tersebut, tetapi biarlah mereka yang bijak pandai memberi pandangan.
 Murai Batu sekadar mahu menyokong Sham Kamikaze yang dilihat bersungguh-sungguh mahu memberikan sumbangannya kepada agama tercinta. Sebagai manusia biasa pasti ada melakukan salah dan silap, betulkan?
 Ada juga pihak Murai cuba mendapatkan komen Sham Kamikaze yang seakan jauh hati dan merajuk apabila dikritik sedemikian melalui status Facebooknya yang dikemaskini selepas perkara ini mula diperkatakan namun dia tidak dapat pula dihubungi.
 Apa-apa pun Murai Batu ingin berpesan sahaja disini bahawa setiap apa yang kita lakukan semua datang daripada niat. Kalau niat kita suci dan ikhlas pasti akan mendapat balasan yang sama. Moga-moga Sham Kamikaze kuat melalui dugaan ini dan mungkin boleh tampil menjelaskan situasi yang sebenar.
 Okay Murai Batu terasa over pula menasihatkan orang bagai. Jom masuk ke dapur, Murai Batu dah nak bersiap untuk masak juadah berbuka dahulu, selamat berbuka semua!

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog