25 Julai 2013

Posted by jinson on 25.7.13 No comments
Tiz Zaqyah Bakal Tinggalkan OME Selepas Episod Final? Maaflah kalau artikel MUrai Batu ni menimbulkan spekulasi atau tanda-tanya pada korang semua. Namun, persoalan ini timbul apabila Murai Batu terlihat sendiri sinopsis ringkas untuk episod akhir Oh My English musim 2 yang bakal bersiaran di TVIq pada Ahad ini. Apa tidaknya, dalam sinopsis itu tertera bahawa Cikgu Ayu yang dilakonkan oleh Tiz Zaqyah sedang berhadapan dengan dilema kerana bakal ditukarkan ke Terengganu pada saat hubungan cintanya dengan Cikgu Henry Middleton lakonan Zain Saidin sedang berputik. Kebetulan bekas teman wanita Cikgu Henry iaitu Sara lakonan Aileen Gabriella Robinson pula muncul untuk memenangi hatinya semula. Dalam waktu yang sama pulak, Cikgu Malik yang dijayakan Aaron Aziz juga berusaha untuk memikat Cikgu Ayu. Ha.. Macam mana tu? Memang kacau bilaulah jadinya. Apapun, seandainya dalam episod kemuncak ini, Cikgu Ayu jadi ditukarkan ke Terengganu, maka Murai Batu percaya Tiz Zaqyah bakal tinggalkan Oh My English pada final siri kegemaran ramai ini. Sekiranya tidak, bagaimana pulak kesudahan Cikgu Ayu dengan Cikgu Henry? Adakah ianya akan berakhir dengan kesudahan yang menggebirakan sepertimana cerita-cerita lain yang pernah kita saksikan di televisyen sebelum ini? Jangan lupa saksikan episod akhir Oh My English pada Ahad ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog