25 Julai 2013

Posted by jinson on 25.7.13 No comments

Semakin-pendek-seluar-tanda-semakin-dewasa/
Selebriti remaja Hollywood sering kali alami masalah buktikan kepada dunia bahawa mereka sudah dewasa dan matang. Kebanyakan masanya, mereka terpaksa menyerah kepada gaya pakaian untuk menyuarakan hasrat mereka untuk dipandang dan dilayan sebagai orang dewasa dan bukan kanak-kanak. Tidak percaya? Mari lihat beberapa contoh selebriti luar negara yang mengurangkan kain di badan semata-mata dianggap dewasa.

                               Selena Gomez

Setelah selamat menyambut hari lahir ke 21 baru-baru ini, jelas kelihatan Selena tidak lagi gemar memakai seluar. Maafkan saya, saya bermaksud seluar panjang. Kian hari kian pendek seluar yang dipilih. Lihat sahaja pakaian yang dipilih sempena persembahan beliau semasa rancangan Jay Leno.

                                 Miley Cyrus

Mentanglah beliau miliki badan idaman setiap wanita (lihat sahaja perut beliau yang kempis, seolah-olah tidak berisi!), Miley senang sahaja memakai seluar yang berupa pakaian dalam ketika keluar bersiar!

                                  Rihanna

Ratu semua gadis liar tidak mungkin saya lupakan. Rihanna sememangnya tidak mengendahkan pendapat sesiapa pun dengan paras “bahaya” seluar beliau.

                                Vanessa Hudgens

ni lagi seorang. Hasil senaman pilates setiap hari jelas terserlah dengan bentuk kaki menawan si Baby V ini. Tetapi perlukah singkat sangat seluar itu?

                               Jennifer Lopez

Biarpun berusia 44 tahun, Jenny from the block masih kelihatan langsing dan menggoda. Mampukah kita memakai seluar sependek beliau tanpa selulit kelihatan dimerata-rata? Nasib baik di Malaysia, selebriti kita semakin tua semakin sopan, seiring dengan tradisi timur. Mungkin juga kerana pihak media dan orang ramai pasti pantas mengkritik mereka yang berpakaian kurang sopan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog