Presiden Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim berkata tiada niat mahu merendahkan keupayaan Saiful Apek yang sebelum ini telah pun memegang watak asal Cicakman, sebaliknya dia merasakan Zizan Razak merupakan pelakon yang relevan dan menepati citarasa generasi kini.
"Setelah 5 tahun tak terbitkan Cicakman, kini kami dapat rasakan ianya masih relevan untuk kami terbitkan sekuel barunya iaitu Cicakman 3.
Namun banyak perubahan yang akan berlaku di dalam Cicakman 3. "Perubahan terbesar apabila kami memilih Zizan Razak untuk memegang watak Cicakman 3 kerana dia seorang yang spontan dan dilihat mahir dalam aksi fighting.
Lagipun, tak salah jika kami tukar watak utama Cicakman ini kerana jika di barat pun filem adiwira seperti Batman, Superman dan sebagainya juga mereka tidak kekal dengan satu pelakon sahaja dan berubah-ubah mengikut perdaran masa dan tahun.
"Jadi kami bersetuju memilih Zizan untuk sekuel baru Cicakman dan mungkin juga untuk sekuel seterunysa mengikut kesesuainya. Bagaimanapun watak Apek sebagai Hairi tidak mati kerana Cicakman 3 ini adalah watak baru yang bernama Man.
"Dalam Cicakman baru ini, Apek dikatakan sudah merajuk dan telah bersara. Tapi mana tahu untuk sekuel akan datang Apek kembali dan bergabung dengan Cicakman baru. Tapi itu semua dalam perancangan kami," katanya yang ditemui dalam sidang media pelancaran Filem Cicakman 3 di Hotel Peninsula, Damansara, malam semalam.
Selain Zizan, Cickman 3 turut menampilkan Lisa Surihani dan Fizz Fairuz sebagai tunggak utama filem baru terbitan KRU Studios Sdn Bhd itu. Selain itu, Cicakman 3 juga merupakan filem tempatan pertama yang menggabungkan usahasama tiga studio penerbitan filem gergasi tanahair iaitu KRU Studios, Grand Brialiance dan Astro Shaw Sdn Bhd.
Norman memberitahu dengan kerjasama dari 3 penerbit itu dia harap Cicakman 3 yang bakal menelan kos belanja sebanyak RM4 Juta itu dapat menghasilkan filem yang berkualiti tinggi. "Kami buat pertama kalinya akan menjadi penerbit bersama selain menyumbang melalui kos produksi dan promosi filem tersebut. Cicakman 3 mempertaruhkan kos produksi yang dia kali ganda dalam sekuel terbaru ini untuk memastikan lagi penghasilan lebih baik dariapda filem terdahulu
. "Malah Cicakman baru ini menampilkan penceritaan yang berbeza berbanding dengan filem terbitan tempatan yang lain dan mempunyai nilai komersil yang tinggi," jelasnya lagi. Cicakman 3 yang bakal menjalani penggambaran bermula 15 ogos ini dijangka ditayangkan di seluruh pawagam di seluruh Malaysia pada 29 Mei 2014.
Secara ringkas, Cicakman mengisahkan mengenai Man yang merupakan peminat tegar Cicakman yang kecewa kerana terpaksa berpisah dengan isterinya Linda dan anaknya Boboy. Dia kemudian cuba membuktikan yang dia mampu berubah. Keadaan semakin tertekan apabila Adam, beask rakan sekolahnya cuba memeangi hati Linda.
Kehidupan Man berubah apabila dia menemui sebuah kotak rahsia peninggalan Cicakman dan Malan belajar menjadi Cicakman yang baru. Bagaimanakah kehidupan baru Man selepas itu? Nantikan kemuncualn Cicakman 3 pada 29 Mei tahun hadapan.
0 ulasan:
Catat Ulasan