25 Julai 2013

Posted by jinson on 25.7.13 No comments

Masih ingat dengan filem Andartu Terlampau 21 Hari Mencari Cinta? Ia merupakan filem terakhir lakonan dan arahan Haliza Misbun. Lama dunia hiburan sepi tanpa sebarang berita dari pemilik nama ini. Dalam pada senyap itu dia rupanya berehat dan menggunakan masa tersebut merantau ke beberapa buah negara. Imej terbarunya dilihat jauh berbeza dengan sebelum ini. Lebih segar. Menampakkan dirinya jauh muda dari usia sebenar. Susuk tubuhnya semakin langsing. Jelas Haliza, dia mengamalkan senaman jogging setiap hari sejak 10 tahun dulu lagi. Usianya yang mencecah 40 tahun langsung tidak menampakkan dirinya diusia tersebut. Senyuman tidak lekang di wajahnya. Mungkin itu membuatkan Haliza awet muda. Malah katanya, di usia 40 tahun, dia tidak rasa seperti 40. Jiwa dan semangatnya tidak pernah rasa tua. Dia sentiasa teruja dan bersemangat malah lebih matang. Haliza merupakan kakak ipar kepada Awie, yang berkahwin dengan adiknya Rozana Misbun. Seorang lagi adik Haliza, Amanda Misbun juga telah berumahtangga dan sudah memiliki seorang anak. Di usia yang sudah memasuki angka 40′an, dia tidak pernah rasa sunyi meskipun belum berumah tangga. Dia sangat menikmati kehidupan solonya. Namun, jika ada lelaki yang sudi dan sanggup untuk berkahwin dengannya, dia sentiasa bersedia. Ibu bapanya sendiri sudah berhenti bertanyakan soal kahwin. Bukan tidak ada yang mendekati, tapi jelas Haliza, semua dianggapnya sebagai teman biasa.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog