25 Julai 2013

Posted by jinson on 25.7.13 No comments


Apa nak jadi dengan pelajar-pelajar kita sekarang ni…lepas satu-satu insiden buli dan pergaduhan di antara mereka dapat kita saksikan di laman YouTube. Terbaru video seorang pelajar perempuan yang teruk dibuli, rambutnya dipotong, stokin busuk disumbat ke dalam mulut, dipukul sampai menjerit-jerit kawan tu dibuatnya. Tolonglah…hentikan semua ini. Apa perasaan kita kalau mangsa tu ada talian darah dengan kita? Apa perasaan ibu bapanya yang hantar anak ke sekolah untuk menjadi insan yang baik dan terpelajar? Akhirnya ini yang mereka dapat! Memalukan, sungguh memalukan! Tiada kata dan ayat yang mampu kita ungkapkan bila melihat kejadian sebegini…sesungguhnya mereka yang terlibat hanya layak dihumbankan ke hutan Amazon dan menjadi santapan Anaconda. Serius!

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog