Pasangan yang dikatakan sedang hangat bercinta, Aiman Hakim Ridza, 24, dan Nur Fathia, 26, sekali lagi cuba mengelak untuk menjawab teka teki wakil media dan para peminat sama ada mereka sedang dilamun cinta.
Mereka yang bergaya serba ungu sama cantik sama padan menjadi pasangan pengacara bagi menjayakan Majlis Berbuka Puasa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur semalam.
Dalam pada cuba untuk mengelak menjawab persoalan cinta, kemesraan antara mereka berdua itu jelas kelihatan ketika ditemubual secara eksklusif oleh MyNewsHub. Apabila ditanya soal cinta, masing-masing mengakui yang mereka hanya teman rapat
. “Kami partner, tapi emcee partner. Tiada rahsia antara kami,” jelas Fathia. Dalam pada itu, Fathia menjelaskan sepanjang bulan Ramadan ini dia lebih memfokuskan untuk beribadah dan meluangkan masa bersama keluarga.
“Fathia lebih banyakkan beribadah. Kita di bulan mulia ini, lepas tu setahun sekali. “Berhenti berlakon sekejap, beribadah dan lebih dekat dengan keluarga,” katanya. Fathia turut menjelaskan bahawa dia kini bersama Aiman menjalankan perniagaan menjual jam swarovski.
Pada masa yang sama, Aiman menjelaskan bahawa urusan soal perkahwinan adalah ketentuan Tuhan. “Kalau ada rezeki, InsyaAllah. Ini semua Tuhan punya rahsia,” ujar Aiman. Aiman turut menjelaskan sepanjang bulan Ramadan ini dia memilih untuk mengambil beberapa tawaran ‘photoshoot’ dan lebih banyak untuk berehat.
“Saya tak buat persiapan raya apa-apa lagi. Sibuk simpan jambang je,” gurau Aiman. Jurukamera kami sempat merakam aksi mesra mereka apabila Fathia mencubit telinga Aiman apabila diusik. Untuk melihat kemesraan mereka, saksikan video temubual eksklusif berikut.
0 ulasan:
Catat Ulasan