30 Julai 2013

Posted by jinson on 30.7.13 No comments
Farid Kamil Enggan Benarkan Mertua Jumpa Cucu Pelakon dan pengarah, Farid Kamil enggan membenarkan ibu mertuanya, Norsiah Ramli yang juga ibu kepada kepada Diana Danielle berjumpa dengan cucunya kerana bimbang berlakunya perkara yang tidak diingini.
 Laporan mStar Online hari ini memetik, Farid, 32, berkata beberapa perkara perlu diselesaikan antara dia dan ibu mertuanya sebelum membenarkan Norsiah bertemu dengan cucu dan anaknya, Diana Danielle. "Kalau ingin jumpa cucu, dia perlu jumpa saya terlebih dahulu" kata Farid Kamil ketika mengulas tentang hubungannya dengan Norsiah.
 Farid yang ditemui pihak media sewaktu sidang media drama Jodoh Itu Milik Kita berkata dia tidak berdendam dengan mertuanya tetapi sekadar melindungi isteri dan anak. Tambah Farid, dia risau perkara tidak diingini berlaku kerana dapat merasakan ibu mertuanya akan melakukan sesuatu yang tidak diingini kepada Diana dan anak sulung mereka.
 Farid Kamil dan ibu mertuanya, Norsiah Ramli nyata tidak sehaluan sejak Farid menikahi Diana Danielle, November tahun lalu. Ini berikutan Norsiah yang dikatakan tidak merestui perkahwinan anaknya Diana dengan Farid.
 Menurut Farid, sebelum ini banyak cerita negatif tentang dia dan Diana yang keluar daripada mulut ibu mertuanya dan ini menyebabkan dia lebih berhati-hati. Farid juga berkata Diana turut berasa kecewa dengan sikap ibunya yang tidak merestui perkahwinan tersebut.
 Tambah Farid lagi, sepanjang Diana berada di Australia dia tidak pernah dengar tentang mertuanya menelefon atau menghubungi untuk bertanya khabar. Sebelum ini Farid pernah menyatakan perasaan marah dan kecewa terhadap ibu mertuanya melalui laman sosial twitter peribadinya.
 Farid Kamil dan Diana Danielle selamat diijab kabul pada 3 November 2012 di Hotel Flamingo, Ampang. Menyentuh tentang soal anak sulungnya yang lahir 2 Julai lalu, aktor itu berkata dia tidak dapat mengambarkan perasaannya bergelar bapa.
 "Saya sukar untuk mengambarkan perasaan saya yang gembira, bangga, sedih yang bercampur baur ketika melihat bayi lelaki itu. "Buat masa ini kami belum memberi nama dan belum pun mendaftarkan kelahiran bayi ini lagi kerana tidak digalakkan untuk membuat proses tersebut di sana," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog