30 Julai 2013

Posted by jinson on 30.7.13 No comments
Hari-Raya-bersama-Kim-dan-Kanye/
Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan perbelanjaan mewah pasangan selebriti Kim Kardashian dan Kanye West. Mereka berdua yang baru bergelar ibu bapa kepada anak bernama ganjil, North, umpama menyambut kehadiran cahayamata mereka (yang belum pernah dilihat orang ramai lagi) dengan perbelanjaan melampau untuk rumah baru mereka yang bernilai USD$11 juta.
 Tambahan lagi, mereka dengan giatnya membelanjakan lebih untuk jamban emas (bernilai USD$750,000) serta tilam Savoir Royal. Tidak tamat disitu sahaja kerana Kanye turut mengeluarkan USD$1,500 untuk kerusi bayi dalam kereta bagi si North.
 Oleh itu kami tidak terlepas daripada tertanya, bagaimana agaknya perbelanjaan Kim dan Kanye sekiranya mereka menyambut Hari Raya. Duit Raya Minima USD$500 Untung si North.
Kami anggarkan sahaja duit raya minima dalam lingkungan ratusan dollar, namun entah-entah lebih daripada itu. Mana tidaknya, kerusi bayi pun sudah mencecah USD$2 ribu!

 Aneka Pilihan Baju Raya daripada pereka ternama.


Ingat lagi masa Kim membeli belah mencari pakaian baru kerana takut malukan Kanye West dengan gaya beliau yang agak hodoh itu? Sekali belanja sudah berapa pasang sepatu Louboutin dan dres terbeli, bayangkan lagi jika beliau menyambut Hari Raya! Pasti North juga tidak ketinggalan, dengan pakaian bayi yang comel (dan jangan lupa mahal) seperti Suri Cruise dan Harper Beckham.

 Biskut Raya? Apa itu? Kami Makan Kek Cawan Raya!

Keluarga Kardashian sangat gemarkan makanan manis, maka tidak hairanlah jika sambutan lebaran akan disambut gilang-gemilang dengan beraneka hidangan manisan. Namun kelainan disini, Kim dan Kanye tidak akan menghidangkan biskut seperti kita orang kebanyakan ini. Mereka akan hidangkan kek cawan yang ditempah khas daripada kedai kegemaran. Balik Kampung Dengan Jet Paling mewah cara balik kampung pun dengan penerbangan kelas pertama MAS atau Air Asia. Tetapi seandainya anda anak Kim dan Kanye West, anda akan pulang ke kampung anda menaiki jet peribadi. Selesa dan tidak terasa pun perjalanan tersebut.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog