30 Julai 2013

Posted by jinson on 30.7.13 No comments
Kwang Soo Running Man Digelar Zirafah Korea Selatan!
SEOUL, 30 JULAI 2013: Setiap personaliti program popular Korea Selatan, Runing Man mempunyai kelompok peminat yang ramai. Jadi tidak hairanlah apabila Kim Jong Kook yang telah datang ke Malaysia baru-baru ini menjadi trending laman sesawang Malaysia pada hari dia tiba di Kuala Lumpur.
 Namun, artikel ini bukanlah hendak bercerita tentang Kim Jong Kook. Sebaliknya, tentang Kwang Soo yang juga pelakon popular di Korea Selatan. Menurut sumber, Kwang Soo merupakan personaliti Running Man yang paling banyak menjadi duta produk selepas menyertai program ini.
 Malah, atas dasar dia paling popular, Kwang Soo dikatakan ikon untuk Korea. Namun, dia bukanlah ikon bandar gangnam seperti Psy. Sebaliknya dia digambarkan sebagai zirafah Korea. Malah, masyarakat Korea lebih mengenalinya dengan pangillan nama zirafah. Yang penting, gelaran tersebut diberikan masyarakat bukan disebabkan kerana ketinggiannya semata-mata tetapi juga kerana karektornya yang amat lucu.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog