Cynthiara Alona mengaku memiliki masa lalu yang penuh dengan noda. Bermula dengan beraksi bogel untuk majalah dewasa hinggalah dipenjarakan akibat pemalsuan pasport. Imej negatif yang dilemparkan oleh masyarakat terhadapnya, membuatkan Alona bertead untk mengubah jalan hidup.
“Saya mahu buka lembaran baru hidup yang baru. Kesilapan-kesilapan yang lalu diharap tidak lagi berulang,” katanya di Hotel Puri Denpasar, lapor Tabloid Bintang.
Ketika ditemui, Alona sedang membahagikan bungkusan hari raya dan berbuka bersama ratusan anak yatim. Menurut bintang filem Diperkosa Setan itu, inilah saat-saat beliau untuk membuang segala sial yang pernah dilakukan dahulu. “Kita manusia memang mudah mebuat kesalahan.
Oleh itu kita wajib imbanginnya dengan amalan ibadah yang banyak, apatah lagi di bulan yang mulia ini, berkatnya berkali ganda,” kata Alona.
0 ulasan:
Catat Ulasan