30 Julai 2013

Posted by jinson on 30.7.13 No comments
Inspektor-polis-S-Hare-Krishnan-didakwa-bunuh-tahanan-lokap/
KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Selepas tiga anggota polis didakwa membunuh seorang tahanan lokap N. Dharmenderan pada 21 Mei lepas, seorang Inspektor polis S.Hare Krishnan hari ini didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan sama. Hare Krishnan, 40, dari Sungai Petani Kedah bersama tiga yang lain iaitu Sarjan Jaffri Jaafar, 44, Koperal Mohd Nahar Abd Rahman, 45, dan Koperal Mohd Haswadi Zamri Shaari, 32, didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat siasatan khas (D9), Tingkat 7, Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur, Jalan Hang Tuah di sini antara 12.20 tengah hari hingga 2.50 petang, 21 Mei lepas. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. Ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur A''minahtul Mardiah Md Nor, Hare Krishnan menjawab "faham" dengan nada suara yang lantang. Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya S.Nithia memaklumkan pihaknya belum menerima laporan bedah siasat dan memohon tarikh sebutan yang sama iaitu Jumaat ini bersama tiga anggota polis yang didakwa sebelum ini. Kes itu akan disebut semula Jumaat ini. Tertuduh diwakili tiga peguam iaitu G. Sri Kumar, N. Kalyana Sundram dan S. Kavita manakala peguam Latheefa Koya bertindak sebagai peguam pemerhati bagi isteri mangsa. Sementara itu di luar mahkamah, peguam Sri Kumar memberitahu pemberita bahawa anak guamnya tidak bersembunyi dan melarikan diri sepertimana yang dilaporkan media sebelum ini. Di luar mahkamah isteri Dharmenderan, Mary Susay yang turut hadir melahirkan rasa tidak puas hati kerana tertuduh baru didakwa pada hari ini dan bukannya bersama tiga anggota polis lain pada 5 Jun lepas.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog