Murai Batu pun tak faham apa yang Farid marah sangat. Wah! Nampaknya pihak media, berjaya juga menemuramah Farid semalam selepas aktor kacak tersebut membuat kemunculan dalam sebuah sidang media drama terbaru lakonannya, Jodoh Itu Milik Kita.
Murai Batu dengar, media pada awalnya tidak menyangka Farid akan datang kerana khabarnya sebelum ini dia masih berada di Sydney, Australia menemani Diana Danielle. Namun bila mereka nampak sahaja kelibat Farid Kamil, ramai media yang tersenyum lebar dan tidak sabar untuk menemuramahnya.
Yelah, Murai Batu diberitahu ramai media yang hadir itu, ternanti-nanti berita terbaru mengenai Diana Danielle dan anak mereka selepas sekian lama isterinya itu diam tanpa khabar berita di Australia kerana difahamkan menyambung pengajian di sana selepas mereka berkahwin pada November tahun lalu.
Namun, Murai Batu dapat tahu, belum sempat mereka membuka cerita mengenai kisah anaknya dan Diana Danielle, Farid cuba mengalih perhatian dengan bercerita mengenai keadaannya yang ketika itu hadir dengan tangan berbalut dan dipercayai patah akibat jatuh daripada menunggang motosikal
. Bukan itu sahaja, Farid juga seolah-olah melengahkan masa temu bual apabila turut meluahkan rasa tidak kepuasan hatinya terhadap ibu Diana, Norsiah apabila ditanya mengenai hubungannya dengan ibu mertuanya itu
. Sehinggakan, di akhir sesi temubual itu, pihak media hanya sempat bertanyakan nama anaknya dan beraya di mana. Itu pun katanya Farid seolah-oleh masih mahu merahsiakan nama anaknya dan hanya memberitahu dia belum meletakkan nama anaknya sehingga ia didaftarkan di Malaysia pada Syawal ini.
Murai Batu juga tidak faham dengan niat Farid dan Diana yang mahu beraya di sana pada 1 Syawal ini. Tidakkah mereka rindu untuk beraya bersama keluarga? Namun katanya mereka bakal beraya di Malaysia juga iaitu kampung Farid Kamil di Kedah tetapi selepas beberapa hari raya.
Murai Batu dengar ada pihak media yang menghadiri sidang media itu memberitahu, Farid Kamil seperti cuba untuk tidak berbicara mengenai Diana dan anaknya kerana hanya menjawab sepatah sepatah tanpa mengulas lanjut ketika ditanya media.
Murai Batu tidak mahulah berfikiran negatif, Cuma Murai Batu hairan mengapa susah sangat Farid dan Diana untuk bersikap terbuka mengenai anaknya itu? Cara mereka membuatkan ramai pihak termasuk media lain membuat pelbagai andaian spekulasi.
0 ulasan:
Catat Ulasan