Selain terkejut dengan pengumuman perkahwinan yang telah disembunyikan selama lebih kurang 2 tahun, Debot juga mendapat tahu ramai terkejut dengan penampilan terbaru Wawa Zainal yang kini sudah bertudung pada sidang media meleraikan kontroversinya dengan Aeril Zafril, baru-baru ini.
Untuk penampilan Aeril, ia bukan lagi satu perkara mengejutkan kerana pelakon yang pernah membintangi filem Hollywood ini sudah pun mula mengenakan jubah pada penghujung tahun lalu.
Dalam pada Debot seronok dan bersyukur dengan penampilan ayu Wawa Zainal bertudung, Debot amat terkesima mendengar jawapan Wawa mengenai tudung apabila diajukan oleh seorang wartawan.
Menurut sumber, Wawa dengan terang-terangan mengakui bahawa dia sanggup untuk membuka tudungnya itu seandainya tawaran berlakon yang datang kepadanya itu memerlukan dia untuk tidak memakai hijab.
Hah? Biar betul? Habis tu kalau kena pakai skirt pendek sanggup la ye?
Ayoyo, apa sudah jadi dengan Wawa ini?
Walaupun Wawa akui baru mula mendalami agama dengan lebih mendalam lagi, Wawa sepatutnya sedar bahawa menutup aurat itu adalah satu perkara wajib bagi umat Islam.
Bukankah memakai hijab itu adalah tuntutan agama untuk muslimah? Wawa sepatutnya lebih waras dalam menjawab hal sebegini kerana Wawa kini bukan saja isteri kepada Aeril tetapi ibu kepada seorang anak yang baru saja melihat dunia.
Dari kenyataan Wawa ini, ramai menganggap adakah Wawa bermain-main dalam hal memakai tudung ini?
Ingatlah Wawa, rezeki boleh didapati di mana-mana tanpa perlu mengadaikan kelengkapan sebagai umat Islam.
Apapun, ia terpulang kepada Wawa sendiri.
Nanti bila dinasihati lebih-lebih, ada pula jawapan dan suara mengatakan itu hal dia dengan Tuhan.
Yang penting, Murai Batu hanya menjalankan tanggungjawab saja. Renung-renungkanlah ya.
DEBOT: Faham situasi Yuna yang dikecam peminat dalam perihal gambar itu.
0 ulasan:
Catat Ulasan