Aktor Aeril Zafrel menyangkal dakwaan kononnya isterinya, aktres Wawa Zainal adalah tunangan orang sewaktu mereka melangsungkan perkahwinan pada Februari 2012.
Dalam laporan Harian Metro hari ini, Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari, 25, berkata, pertunangan Wawa dengan seorang guru, Abdul Rashid @ Johari Hambali pada Jun 2010 sudah lama putus sebelum dia dan Wawa menjalin hubungan cinta pada tahun sama.
“Wawa bukan tunangan orang. Ketika kami berkawan, pertunangannya dengan lelaki itu sudah lama putus.
Mereka sudah tidak ada apa-apa hubungan.
“Malah, saya sendiri mengenali lelaki itu dan pernah berhubung dengannya ketika baru-baru berkawan dengan Wawa.
Pada saya, itu perkara lama dan tak perlu dijadikan isu,” katanya ketika dihubungi Harian Metro bagi mengulas status pertunangan isterinya dengan lelaki berkenaan,semalam.
Aeril berkata, dakwaan itu sengaja dicetuskan oleh pihak tertentu bertujuan mengeruhkan lagi keadaan susulan kontroversi pendedahan pernikahannya dengan Wawa, Jumaat lalu.
“Saya percaya ada pihak sengaja mahu mengeruhkan keadaan. Sedangkan perkara itu sudah lama berlalu dan tak perlu dibangkitkan lagi.
“Kami sudah berkahwin sekarang.
Bagilah kami ruang untuk kecapi kebahagiaan pula,” katanya.
Diminta mengulas isu kontrak isterinya bersama pengurusan syarikat produksi Metrowealth (MIG) yang masih berbaki dua tahun, Aeril berkata, dia sudah berbincang dengan Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN)semalam bagi mencari jalan penyelesaian.
“Saya berjumpa SENIMAN semalam bagi mendapatkan bantuan mereka untuk meredakan keadaan. Saya dan Wawa ambil pendekatan merujuk perkara ini kepada persatuan bagi menjernihkan semula situasi ini.
“Biar SENIMAN berbincang dengan MIG dan David (Teo) dan kita lihat nanti apa tindakan selanjutnya. Secara jujurnya, saya tidak mahu perkara ini berlanjutan dan bertambah keruh,” katanya.
Aeril berkata, dia lebih selesa mendiamkan diri pada waktu ini kerana enggan setiap kenyataan dikeluarkan mengundang salah faham.
“Bila saya bersuara, orang akan tersalah tafsir. Lihat sajaapa sudah jadi pada sidang media tempoh hari. Orang tidak tahu keadaan sebenaryang saya dan Wawa alami.
“Saya dan Wawa hanya mahu perkara ini tidak berpanjangan.Sama ada saya dan Wawa bersedia untuk jumpa David atau tidak, saya tidak bolehberitahu sekarang. Kita tunggu respon SENIMAN,” katanya.
0 ulasan:
Catat Ulasan