18 Oktober 2013

Posted by jinson on 18.10.13 No comments
pelakon korea drama autum dihatiku tipu tentang status
Syabas diucapkan kepada produksi drama online, Autum Dihatiku kerana kini bakal menyiarkan drama tersebut dalam versi telemovie di TV9 pada 21 Oktober ini.
Sungguhpun Admin belum ada kesempatan lagi untuk menonton drama tersebut, rata-rata bersetuju ramai melihat drama berkenaan kerana pelakon kacak kelahiran Korea Selatan iaitu Kim Jin Sung walaupun ada menampilkan pelakon popular tempatan, Aiman Hakim dan Hanez Suraya.
Malah, disebabkan penglibatan Kim Jin Sung dalam drama ini, ramai peminat tempatan memujanya sehingga dia juga sering muncul dalam majalah hiburan tempatan sebagai penghias kulit depan. Apapun, Admin amat terkejut apabila ada sumber yang mengatakan bahawa pelakon ini telah menggunakan cara salah dalam mendapat tawaran berlakon berkenaan.
Walaupun dia dicanang sebagai pelakon terkenal di Korea Selatan, ada sumber yang mengatakan bahawa Kim Jin Sung bukanlah sesiapa dalam industri hiburan Korea. Pokoknya, dia bukanlah pelakon di Korea walaupun dikhabarkan pernah menjadi pelakon drama Iris. Lebih mengejutkan Admin apabila ada sumber terdekat memberitahu bahawa Kim Jin Sung asalnya memang bukan pelakon di sana tetapi diambil atas dasar dia memang berasal dari Korea Selatan saja.
Dalam erti kata yang lain, dia bukanlah pelakon Korea yang sudah popular dan dikenali sebagai pelakon di bandar Gangnam, Seoul. Senang cerita, Kim Jin Sung sebenarnya dikatakan menggantikan tempat pelakon Lee Dong Wook yang sepatutnya berlakon drama Autum Dihatiku. Sama ada benar atau pun tidak gosip ini, Admin rasa mungkin ada kesilapan berlaku di sini.
Yelah, seandainya anda semua penonton setia drama Korea, wajah pelakon mereka lebih kurang sama. Apatah lagi nama.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog