Susulan dakwaan presiden Seniman Zed Zaidi mengenai kontrak Metrowealth International Group (MIG) mengarut, portal Adsmin terpanggil untuk menghubungi pihak MIG untuk mendapatkan maklum balas mengenai pandangan peribadi Presiden Seniman itu.
akil MIG ketika dihubungi Admin memberitahu, tindakan Zed Zaidi bersifat berat sebelah kerana terus menghentam pihak mereka tanpa berbincang atau mengetahui perkara sebenar terlebih dahulu.
“Zed Zaidi tidak sepatutnya bertindak melulu dan menghentam kami di media secara tiba-tiba, sebagai seorang presiden yang profesional dia sepatutnya datang berjumpa dengan kami terlebih dahulu sebelum menyalahkan kami.
“Dia bukan tak tahu jalan ke pejabat M.I.G. dia tahu mana nak cari Mejar David Teo dan bertanyakan hal ini sendiri.
Kalau dia nak tengok kontrak pun, kami boleh tunjuk,” jelas wakil MIG itu kepada Admin.
Tambahnya lagi, Zed Zaidi tidak sepatutnya mendengar cerita daripada sebelah pihak semata-mata dan terus membuat penilaian.
“Dia sendiri tak pernah baca kontrak kami, macam mana dia boleh kata kontrak itu mengarut? Pelik juga kenapa dia tiba-tiba keluar kenyataan sedemikian.
“Tapi tak mengapa, kami profesional dan tidak pernah terkilan dengan tindakan beliau (Zed Zaidi). Kami juga turut mengalu-alukan kedatangan Zed ke pejabat kami jika dia mahu tahu tentang isi kontrak syarikat kami,” ujarnya.
Zed Zaidi sebelum ini mengeluarkan pendapat peribadinya berhubung insiden yang berlaku ke atas Wawa Zainal yang dikatakan takut untuk menghebahkan perkahwinannya kepada media kerana takut dengan kontrak syarikat Mejar David Teo yang tidak membenarkan artis di bawah naungannya bercinta atau berkahwin.
Presiden Persatuan Seniman itu turut mendakwa kontrak syarikat M.I.G adalah mengarut dan melanggar fitrah Tuhan.
0 ulasan:
Catat Ulasan