18 Oktober 2013

Posted by jinson on 18.10.13 No comments

Pemandu Formula Satu Lewis Hamilton dan penyanyi sensasi Nicole Scherzigner dilaporkan cuba merahsiakan pertemuan mereka baru-baru ini. Menurut thesun.co.uk, pemandu pasukan Mercedes AMG itu berjaya menyakinkan bekas teman wanitanya, Nicole untuk meluangkan sedikit masa bersamanya di sebuah hotel yang terletak di London.
Dan meskipun kedua-dua bintang ini cuba merahsiakan pertemuan mereka itu, hasrat mereka tidak kesampaian apabila beberapa paparazi berjaya menghidu kehadiran mereka di hotel tersebut. Lebih memburukkan lagi keadaan, kereta yang sepatutnya menjemput Hamilton daripada hotel itu selepas bermalam dengan Nicole mengalami kerosakkan dan seterusnya mengakibatkan pemandu kelahiran British itu tersangkut di tepi jalan. 
Mengulas mengenai pertemuan mereka baru-baru ini, seorang kenalan rapat pasangan itu berkata,"Terdapat satu tarikan kuat di antara mereka, ia seperti mereka tidak dapat melupakan satu sama lain." "Mereka memilih hotel yang biasa tidak dikunjungi ramai selebriti kerana bertekad untuk merahsiakan perjumpaan itu. Namun nasib mereka malang, ianya dibongkarkan."

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog