Walaupun musim mengundi untuk merebut gelaran Bintang Paling Popular Anugerah Berita Harian masih terlalu jauh lagi, namun pelakon jelita Nur Fazura kini sedang sibuk berkempen.
Dia berkempen untuk menumpaskan beberapa artis popular lain seperti Diana Danielle, Farid Kamil, Joe Flizzow, Carmen Soo dan Soo Winccibermula 14 Oktober lalu sehingga 28Oktober ini.
Semuanya bagi memastikan perasa coklat kegemarannya menjadi coklat pilihan kebanyakan rakyat negara ini menerusi kempen terbaru jenama coklat kegemaran ramai Cadbury DairyMilk.
Bercakap kepada portal Debot.com.my baru-baru ini, NurFazura yang memilih perisa Chocolate berbanding enam perisa lain berkata, jenama coklat berkenaan telah menjadi kegemarannya sejak kecil dan sehingga hari ini.
“Untuk kempen ini, saya memilihi perasa Chocolate kerana saya sukakan coklat yang tidak mengandungi apa juga bahan tambahan atau inti lain untuk menjadikannya lebih sedap.
“Apatah lagi saya seorang wanita yang sering percaya dengan diri sendiri dan tidak memerlukan apa juga sokongan tambahan untuk terus maju ke hadapan, “ katanya dengan penuh berkeyakinan dan berharap peminat akan menyokong usahanya itu.
Jelas Fazura, peminat hanya perlu layari www.facebook.com/CadburyDairyMilk untuk mengundi dan dalam masa yang sama dia akan berkempen menerusi platform di laman sosial miliknya dari masa ke semasa.
Sebanyak tujuh perisa coklat Cadbury Dairy Milk diperkenalkan dalam kemasan terbaru yanglebih istimewa iaitu Chocolate, Fruit & Nut , Black Forest, Hazelnut , CashewNut, Roasted Almond dan Mixed Nuts
Selain Fazura, kempen itu turut menampilkan Diana Danielle, Farid Kamil, Carmen Soo,Soo Wincci, Gan Mei Yan, Jeff Chin, Joe Flizzow dan Kuah Jenhan yang berkongsi cerita gembira masing-masing tentang perisa kegemaran mereka.
Bercerita mengapa coklat menjadi kegemarannya sehingga hari ini, kata Nur Fazura manisan berkenaan mampu menenangkan fikirannya selepas sepanjang hari sibuk bekerja dan menjadi terapi paling mujarab untuk kekal ceria.
“Memangdari kecil lagi ibu saya telah memperkenalkan saya dengan coklat Cadbury ini.Sekarang kalau saya sedang stress, maka coklat adalah peneman setia saya,”katanya yang turut menjadikan coklat sebagai rahsia kecantikannya.
0 ulasan:
Catat Ulasan