18 Oktober 2013

Posted by jinson on 18.10.13 No comments
carey ng bawa gaun songket puteri perak ke rusia
Bakal berentap di atas pentas penuh glamor Miss Universe ke 62 di Rusia pada 9 November ini, getaran yang dirasai Ratu Malaysia Universe, Carey Ng nampaknya semakin memuncak.
Apatah lagi sepersalinan gaun tradisional rekaan pereka fesyen popular, Syomir Izwa bernilai RM25,000 telahpun siap tersedia untuk ratu cantik berkenaan melaram untuk slot Pakaian Tradisional yang sering dinanti-nantikan dalam penganjuran acara berprestij berkenaan. Majlis bagi mempamerkan persalinan tradisional yang menggunakan 12 meter kain songket diRaja atau Puteri Perak itu telah diadakan semalam yang turut disaksikan mentor penasihat Miss Universe Malaysia Organization, Elaine Daly.
Syomir Izwa ketika ditemui Admin berkata, proses bagi menyiapkan persalinan berkenaan memakan masa selama 4 bulan dan fabrik songket diRaja Terengganu berkenaan telah ditaja sepenuhnya oleh Atikah Songket. “Ketika diminta melahirkan persalinan pakaian tradisional untuk Miss Universe ini, hati saya menjadi berdetap detup, apatah lagi inilah peluang yang sudah lama saya nanti-nantikan. Tambahan pula saya adalah peminat setia pertandingan Miss Universe sejak kecil lagi. 
“Istimewanya persalinan ini kerana ianya terbahagi kepada tiga bahagian iaitu baju, seluar panjang dan skirt yang boleh dibuka secara praktikal. “Malah saya sengaja memilih rekaan berilhamkan Puteri Perak dan fabrik songket bewarna hitam dan berbenang emas kerana ianya memiliki citarasa Malaysia, moden serta sesuai dengan personaliti seorang pejuang yang ada dalam diri Carey Ng sendiri,” katanya. Apa yang lebih utama tambah Syomir Izwa lagi, dia tidak mahu rekaannya itu disamakan atau memiliki ciri-ciri pakaian tradisi negara Thailand mahupun Indonesia. 
Diperbuat daripada 100 peratus kain songket diRaja yang ditaburi motif bunga Tanjung, gaun indah itu turut mengetengahkan satu lagi elemen tempatan iaitu lipatan iaitu salah satu teknik yang acap kali digunakan pada hantaran atau lipatan samping dalam masayarakat Melayu sejak turun-temurun. Melengkapkan lagi persalinan ala pahlawan berkenaan iaitu perhiasan kepala, rantai leher, gelang tangan dan gelang kaki yang ditaja oleh pereka fesyen tersohor Salikin Sidek.
Sementara itu Carey Ng dalam ucapan ringkasnya berkata, dia sememangnya tidak sabar untuk menggayakan persalinan tradisional berkenaan pada acara Miss Universe berkenaan termasuk satu lagi persalinan gaun malam rekaan Alia Bastamam

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog