Penyanyi Sabhi Saddi akui yang dia hampir lumpuh jika tidak cepat mendapatkan rawatan dan melakukan pembedahan membuang serpihan gel dan tulang di bahagian tulang belakang, baru-baru ini.
Laporan Harian Metro hari ini memetik, Sabhi Saddi, 29, telah dibenarkan pulang sejak kelmarin selepas menjalani pembedahan dia mana sebelum ini pernah mengadu mengalami sakit pinggang kronik selepas bermain badminton sehingga membuatkannya sakit ketika berjalan.
“Seminggu selepas bermain badminton, saya berasa sakitpinggang dan tidak selesa duduk, baring atau berjalan.
Ada rakan mengesyorkan saya mencuba perubatan tradisional Cina, tetapi tidak berhasil,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.
Menurutnya, dia sanggup mencari rawatan urut tradisional di Perlis, Kuantan dan Negeri Sembilan untuk berubat, tetapi tiada perubahan positif pada diri.
“Bermacam usaha saya lakukan seperti akupuntur, makan pil ubatan Cina selama tiga hari dan melakukan fisioterapi. Badan saya semakin menggigil dan tapak kaki serta betis berasa panas,” katanya.
Katanya, dia kemudian mendapatkan rawatan doktor pakar diPusat Perubatan Sunway pada 9 Oktober lalu sebelum dimasukkan ke wad dan menjalani pembedahan pada hari keempat.
“Buat masa ini, saya perlu berjalan menggunakan tongkat untuk tempoh dua minggu selepas pembedahan membuang gel dan tulang padabahagian tulang belakang.
“Doktor memberitahu ‘slip disc’ pada tulang belakang saya rosak teruk dan perlu menunggu masa setahun atau dua tahun untuk pulih semula,”katanya.
0 ulasan:
Catat Ulasan