Ramai hanya menganggap kelab bola sepak Inggeris, Manchester City hanya berevolusi dalam erti kata lain mengubah wajah kelab dengan membawa ternama sahaja kebelakangan ini.
Barangkali kelab itu lebih dikenali kerana berbelanja besar dalam hal pembelian pemain sejak Sheikh Mansour mengambil alih pemilikannya pada 2008, tetapi beliau sebenar juga sedang membina masa depan yang hebat untuk kelab itu.
Dibawah bilionair Arab itu, Manchester City mampu memenangi gelaran liga dan Piala FA, tetapi harganya bukan murah bagi menamatkan penantian menjulang trofi selama 35 tahun. Di era Mark Hughes, pengurus itu berbelanja GBP200 juta (RM1,029 bilion) selama 18 bulan mengendalikan kelab itu, manakala Roberto Mancini GBP285 juta (RM1,466 bilion).
Namun dalam diam-diam City sudah mempunyai rancangan luar biasa terhadap masa depan kelab itu dengan pembinaan Kampus Etihad yang berkeluasan 80 ekar, projek jangka masa panjang yang dijangka siap sepenuhnya yang bernilai GBP100 juta (RM514.6 juta). Di awal perancangannya, pemain The Citizens akan menjadi kelompok pertama yang berpindah ke tempat baru itu pada tahun hadapan dari Kompleks latihan Carrington dengan kemudahan gim dan pusat kecergasan.
Kerja-kerja pembinaannya sudah dimulakan akhir tahun lalu dan, pada tahun hadapan pengurusan sudah pun merancang untuk membesarkan stadium. Ideanya bukan sahaja sebagai sebagai kompleks latihan pasukan, tetapi ia juga bakal menempatkan setiap peringkat kelab itu dengan adanya akademi untuk menempatkan 400 pemain muda, kemudahan kelas belajar untuk 200 orang. 12 daripada 16.5 padang yang dibangunkan pula khusus untuk pemain berusia 8 ke 21 tahun bagi melahirkan pemain berkualiti di masa akan datang.
Dengan itu sebuah stadium berkapasiti 7000 tempat duduk turut berada dalam perancangan bagi membolehkan pemain remaja mempunyai gelanggang sendiri berkelas satu sebagai satu pendedahan awal bagi karier mereka nanti. Selain menjanjikan peluang kerja yang banyak di masa akan datang, pengurusan kelab juga berikrar memastikan 90 peratus bahan pembinaan yang dibuat adalah daripada tempatan.
0 ulasan:
Catat Ulasan