24 September 2013

Posted by jinson on 24.9.13 No comments
Diserang Pelesit Selepas Bantu Artis Popular
Ayoyo. Apalah nak jadi dengan dunia seni hiburan tempatan sekarang ni. Macam-macam cerita kotor yang Murai Batu dengar. Kebanyakan cerita itu seperti dalam filem atau drama yang dilakonkan artis tertentu. Macam setengah orang kata, selalu sangat berlakon ia boleh jadi realiti.
 Apapun, Murai Batu terkejut selepas mendapat tahu seorang insan yang bekerjaya sebagai event organizer telah diserang pelesit. Atau lebih tepat lagi terkena buatan orang. Dengarnya, perkara ini terjadi selepas individu tersebut berjaya membantu artis popular ini membuat sebuah majlis yang melibatkan ramai pengunjung
. Menurut sumber, insan murni itu sekarang ini sedang derita sakit dan seluruh badannya mengalami lebam. Apabila diperiksa, insan itu dilaporkan terkena buatan orang dan ia datang dari orang yang tidak puas hati dengan artis yang dibantu itu. Orang yang menghantar pelesit itu dikatakan sanggup berbuat begitu kerana duit.
 Walaupun mangsa masih lagi belum mempunyai bukti yang kukuh terhadap orang yang menghantar pelesit itu, hakikatnya, mereka yang terlibat dengan majlis tersebut mengambil langkah berjaga. Yelah, Murai Batu dapat tahu macam-macam perkara terjadi sebelum dan selepas majlis yang melibatkan artis popular ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog