Awas jika anda tiba-tiba didatangi seorang kanak-kanak semasa makan. Mungkin ini cara baru untuk ugut duit anda menggunakan kanak-kanak yang kononnya hilang. Baca kisah di bawah dan sebarkan supaya tiada antara kita yang terkena dengan taktik kotor ini. :
_ _ _ _ _ _ Sedang saya menikmati Tutti Frutti saya.., tiba-tiba datang seorg kanak-kanak lelaki Melayu dlm lingkungan umur 8 tahun. Duduk disebelah meja saya & berkata: Pakcik., mahal tak ice-cream tu? Dia ada jual sikit-sikit tak?
Saya jawab: Kalau adik ambil banyak, kena la bayar lebih.
Beliau terus mengajukan soalan demi soalan, tapi saya mendiamkan diri. Mungkin anda anggap saya sombong atau angkuh. Mungkin ada yg berkata: “Ala setakat ice-cream macam tu pun nak berkira, belikan la aje kat budak tu.”
Sebenarnya rakan saya dah terkena. Beliau didatangi oleh budak seperti ini, & beliau belanja dia Tutti Frutti., duduk berbual dgn budak tu, dlm masa 5 minit 2 lelaki berusia mendekati dia dan berkata “Awak culik anak saya ye”…budak tu pun berkata: Ayah ni la pakcik yang suruh saya naik kereta dia.
Pendekkan cerita, rakan saya diugut supaya bayar RM1000 kalu tak hendak perkara itu dilaporkan pd polis. “Ayah” budak tu siap tunjuk laporan polis yang dibuat yg mengatakan anak dia hilang & diculik. Untuk tidak kecoh rakan saya ke ATM machine & bayar Ayah budak tu. Mereka hilang setelah mendapat RM1000.
Inilah cara baru warga kota cari duit di KL ketika musim cuti sekolah ini. Oleh itu, saya berhati-hati & tidak layan budak itu. Bukan saya kedekut tapi mengapa budak 8 tahun jalan seorg diri & datang tanya kat saya pasal ice-cream?
_ _ _ _ _ _ _ _ Anda mungkin mangsa seterusnya. Berhati-hatilah..
0 ulasan:
Catat Ulasan