Di kalangan peminat muzik Malaysia, nama Kotak mungkin masih asing di halwa telinga anda. Hakikatnya, mereka sudah lama mewarnai industri muzik di Indonesia.
Malah, pada 27 September ini, Kotak bakal meraikan ulang tahun kesembilan mereka setelah menubuhkan band mereka itu pada 27 September 2004 menerusi sebuah program TV, The Dream Band yang disiarkan oleh stesen Trans7. Sejak dari penubuhannya, kumpulan Kotak telah beberapa kali bertukar ahli kumpulan dan kini dianggotai oleh Tantri (vokal), Cella (gitar) dan Chua (bass).
Namun, sepanjang penubuhan mereka, Kotak berjaya mencuri peluang untuk berkolaborasi bersama dengan kumpulan muzik antarabangsa, Simple Plan dalam sebuah single berjudul 'Jet Lag'. Selain daripada itu, mereka juga berjaya mengeluarkan 4 album studio dengan beberapa pencapaian dan anugerah daripada Industri Muzik Indonesia dan Anugerah Planet Muzik
. Bersempena dengan ulangtahun ke-9 kumpulan Kotak yang popular dengan lagu Masih Cinta, Pelan-pelan Saja dan "Beraksi" bakal mengadakan 'Konsert Energi' sebagai hadiah dan bukti betapa tinggi semangat mereka dalam memperjuangkan lagu dan muzik untuk peminat-peminat mereka.
Menariknya, Konsert Energi mereka itu baka diadakan di Mata Elang Indoor Stadium (MEIS) , Ancol, Jakarta aitu yang mana sama dengan lokasi Justin Bieber mengadakan konsert di sana tidak lama dulu. Konsert yang diadakan secara percuma dan secara undangan buat peminat Kotak yang digelar Kerabat Kotak ini juga akan diadakan dalam dua bahagian dan bahagian kedua akan disiarkan secara langsung di stesen Trans7!
0 ulasan:
Catat Ulasan