24 September 2013

Posted by jinson on 24.9.13 No comments
MeleTOP: Intan, Kilafairy Jawab Isu Ancam Perkahwinan
Nama Intan Ladyana dan Kilafairy bukan lagi asing dalam dunia hiburan tanah air kita. Namun kedua-dua aktres cantik ini dikhabarkan telah bermasam muka baru-baru ini.
 Intan Ladyana dilihat begitu menyerlah dengan lakonannya dalam siri filem Adnan Sempit dan juga filem Bini-Biniku Gangster. Manakalah Kilafairy yang merupakan anak kepada penyanyi popular era 80-an, Rohana Jalil mula mencipta nama menerusi lakonannya dalam filem Karak.
 Kini Intan Ladyana dan Kilafairy dikatakan tidak sebulu akibat terpaksa bekerjasama untuk sebuah majlis resepsi perkahwinan. Malah keduanya nekad untuk merosakkan majlis perkahwinan itu hanya semata-mata untuk mengenakan antara satu sama lain. Mengapa pula?
 Rupa-rupanya ketidaksefahaman ini hanyalah skrip terbaru untuk telefilem lakonan mereka, Pengancam Perkahwinan dan keduanya akan hadir malam ini dalam program MeleTOP untuk membincangan pembabitan mereka dalam telefilem tersebut.
 Selain itu, aktres jelita Lisa Surihani juga akan turut hadir pada malam ini dan apa pula soalan panas yang akan ditanyakan oleh hos Nabil Ahmad dan Neelofa kepada isteri Yusry KRU ini? Bersediakah Lisa untuk melayan keletah nakal dari pasangan hos MeleTOP ini?
 Saksikan juga persembahan penyanyi cilik dari Indonesia, Tegar yang akan menyampaikan lagu AKu Yang Dulu Bukan Yang Sekarang secara live di MeleTOP.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog