Bintang Akademi Fantasia 2 (AF2), Adam nekad memperisterikan pelakon, Fiza Elite selepas dua kali berjumpa dengan pelakon dan penyanyi itu bermula pada pertengahan Ramadan lalu. Keputusan itu dibuat selepas dia tertarik atau tertawan dengan keperibadian Fiza.
Lantaran itu, Adam turut membawa Fiza berjumpa keluarganya pada sambutan Aidilfitri lepas. Setelah mendapat restu daripada pihak keluarganya, Adam kini sibuk membuat persiapan majlis pernikahan yang akan diadakan di Jabatan Agama Islam (JAIS), Shah Alam pada Khamis, 26 September 2013, jam 10 pagi. Debot diberitahu, majlis pernikahan tersebut hanya akan dibuat secara sederhana tanpa majis jamuan makan. Malah, majlis pertunangan juga tidak akan dibuat
. Bagaimanapun, Adam bakal mengadakan majlis resepsi di sebelah pihak keluarganya di Inanam, Sabah yang dijadualkan berlangsung seminggu selepas bernikah. Difahamkan, Adam mengenali Fiza selepas dia berjumpa dengan bekas anggota Elite itu dalam sebuah majlis di bulan puasa. Sungguhpun Fiza pernah berkahwin, kedua-dua figura ini masih lagi perlu mengikuti kursus perkahwinan dan kedua-dua mereka telah pun menjalani kursus tersebut di Pejabat Mara Kuala Lumpur pada 2 minggu lalu.
Apapun, tarikh untuk bernikah pada Khamis ini diperoleh Adam pada jam 5 petang semalam selepas pihak Jais mengesahkan ada kekosongan untuk bernikah di JAIS. Apa yang pasti, Adam pada mulanya mahu bernikah pada hari lahirnya iaitu 19 September lalu tetapi terpaksa menundakan niatnya itu disebabkan proses permohonan masih belum selesai serta tiada juru nikah yang ada yang boleh menikahkan mereka pada hari tersebut.
0 ulasan:
Catat Ulasan