Kemelut antara pelakon dan pengarah Farid Kamil dengan ibu mertuanya, Norsiah Ramli, yang tercetus sejak tahun lalu nampaknya akan berakhir tidak lama lagi kerana hero filem Bencinta ini bersedia berbaik semula dengan ibu mertuanya itu.
Pengakuan itu dinyatakan sendiri oleh Farid ketika ditemui pada previu bersama media filem Bencinta bertempat di TGV, Sunway Pyramid, malam tadi. Tambahnya lagi, dia akan menjemput ibu mertuanya hadir pada majlis Aqiqah anak sulungnya Mohammad Farid Kamil, yang akan diadakan tidak lama lagi. Malah kata pelakon tinggi lampai ini, pada majlis itu nanti dia mahu mengambil peluang memulihkan semula hubungan antara ibu mertuanya dengan issterinya, Diana Danielle.
"Ya, pada majlis itu saya akan jemput ibu mertua saya dan saya memang nak berbaik dengan dia sebab hubungan silaturrahim antara kami perlu dieratkan semula. "Saya juga akan memulihkan semula hubungan Diana dengan ibunya. Kira macam ada babak jejak kasih sikit lah nanti. Pada hari itu juga saya dan Diana akan mendedahkan nama penuh anak kami", katanya yang bagaimanapun masih merahsiakan tarikh majlis istimewa itu daripada pihak media.
Dalam majlis yang sama, akan turut diadakan majlis khatam Quran untuk isterinya. Sebelum ini laporan media ada menyebut mengenai desas desus hubungan Farid dan Norsiah sebenarnya sudah dingin sejak Farid berkahwin dengan Diana. Keadaan bertambah keruh apabila Farid sebelum ini juga pernah meluahkan perasaannya di laman sosial Twitter mengenai krisis tersebut.
Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan majlis pernikahan mereka berlangsung di Hotel Flamingo, By The Lake Ampang. Selepas bernikah Diana yang ketika itu telah disahkan hamil, berangkat ke Australia bagi pelajarannya dalam jurusan produksi siaran langsung di National Institute of Dramatic Art (NIDA).
Pada 2 Julai lalu, Diana selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah hospital di Sydney, Australia.
0 ulasan:
Catat Ulasan