Aktres, Nabila Huda akui tiada niat untuk membelakangi bapanya, yang juga penyanyi rock lagenda, Amy Search ketika Syawal lalu sebaliknya dia akui sukar untuk membuat pilihan dengan siapa dia perlu menyambut Hari Raya selepas turut menerima undangan daripada ibu kandungnya sendiri yang mengajaknya beraya di Klang.
Nabila Huda berkata selepas bingung memikirkan di mana dia harus pulang menyambut Syawal, dia akhirnya mengambil keputusan untuk menyambutnya di Singapura bersama rakan-rakannya. "Sebenarya saya mendapat undangan dari mama (ibu kandung) untuk menyambut raya bersamanya di Klang, tetapi dalam waktu yang sama saya teringin untuk beraya di Johor bersama papa (Amy Search).
"Dek kerana sukar untuk membuat pilihan di antara kedua-duanya, akhirnya saya pun memilih untuk bertukar angin dan beraya di negara jiran, Singapura bersama rakan-rakan saya. Boleh tahan meriah juga sambutan di sana," katanya kepada Debotnogori ketika dihubungi.
Nabila berkata demikian setelah diminta mengulas mentenai kenyataan ibu tirinya, Nourish Hassan dalam artikel terdahulu. Dalam kenyataan itu. Nourish memberitahu, suaminya, Amy Search berkecil hati terhadap Nabila Huda kerana tidak pulang beraya berjumpa dengan bapanya.
Bagaimana pun, Nabila Huda akui dia masih tidak melupakan kedua-dua ibu bapanya, apatah lagi mengucapkan Selamat Hari Raya serta meminta maaf di pagi raya menerusi panggilan telefon. Namun Nabila memberitahu panggilan serta SMS (pesanan ringkas) yang dihantarnya kepada Amy Search tidak dibalas sehingga kini.
"Di pagi raya saya juga berasa sebak juga bila mengenangkan mama dan papa di kampung halaman masing-masing. Saya ada telefon mama untuk ucap selamat hari raya dan minta maaf, begitu juga dengan papa. "Tapi panggilan yang saya buat untuk papa gagal.
Jadi, saya pun menghantarkan SMS kepadanya untuk mengucapkan selamat hari raya dan meminta maaf daripadanya, tetapi SMS saya pun tidak dibalasnya. "Tapi, tak mengapa kerana jika diizikan Tuhan, saya dan Keisha boleh sambut raya bersama mereka di tahun akan datang, Insya Allah," luahnya lagi.
0 ulasan:
Catat Ulasan