Malah, ada yang melemparkan tohmahan mengatakan Nourish sengaja membesar-besarkan cerita keluarga yang tidak sepatutnya diberitahu kepada pihak media. Namun, Admin percaya Nourish sangat mengambil berat terhadap apa yang berlaku di antara suami, anak tiri dan cucu tirinya itu.
Sebab itulah dia mengeluarkan kenyataan sedemikian. Buktinya, sebaik saja kenyataan Nourish keluar, Admin dapat tahu Amy Search sendiri telah menyiarkan posting yang menguatkan lagi luahan Nourish. Kenyataan itu telah dibuat Amy menerusi laman Instagram miliknya iaitu @akuamysearch yang tertera gambar bulan sabit.
Menerusi posting tersebut, Amy telah melayangkan status berbunyi: Ada yang menanti kepulangan atau panggilan seorang yang dikasihi dari pagi Syawal hingga berakhirnya Syawal. Walau pun sepi namun doa tetap dihimpun hingga mati dan kemaafan tetap diberi...KASIH IBU BAWA KE SYURGA.."KASIH AYAH BERGALANG NYAWA...KASIHILAH AYAH IBU KAMU SEPERTI MANA MEREKA SANGAT MENYAYANGI KAMU"
Susulan dari entry tersebut, ramai yang memberikan komen dan mengatakan mereka sedih membaca luahan Amy itu. Malah, Admin lihat Amy turut membalas komen-komen tersebut dengan komen berbunyi...Bukan wang yang dinantikan tetapi permata hati yang ingin dipeluk, cium dan memaafi dosa walau sebesar dunia. Apa yang penting, dari Instagram ini, jelas sudah membuktikan Amy berada di pihak yang sama dengan isterinya Nourish.
Malah, ia juga menggambarkan Nourish bukan sengaja membuat cerita tersebut kepada portal Admin. Apa kes pun, Admin amat memahami perasaan dan hati Nourish sebagai ibu tiri. Namun, sudah jadi lumrah dan adat, status ibu tiri selalunya sering digambarkan sebagai wanita yang bengis dan jahat dalam drama-drama tempatan.
Apapun, Admin harap selepas ini hubungan Amy-Nabila Huda anak beranak akan jadi lebih bertambah baik. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pulak hubungan sesama darah daging. Mana-mana keluarga pun ada mengalami masalah anak beranak.
Itu perkara normal. Yang penting,kita harus saling bermuhasabah, bermaafan dan melupakan perkara-perkara yang boleh mengeruhkan lagi suasana.
0 ulasan:
Catat Ulasan