11 September 2013

Posted by jinson on 11.9.13 No comments
.
Pelakon dan pelawak Shamsul Ghau Ghau semakin berubah ke arah yang lebih baik dengan mendalami ilmu Islam sejak pulang mengerjakan ibadah Haji pada tahun lalu.
 Memetik kenyataan di mStar online, Shamsul atau nama sebenarnya Shamsul Azahar Aliddin, 44, berkata, faktor usianya juga mendorong untuk dia melakukan penghijrahan selain amat bersyukur kerana diberi kesempatan berbuat demikian. "Alhamdulillah sejak balik mengerjakan Haji pada tahun lalu pintu hati saya terbuka untuk memperbetulkan kesilapan dan kelalaian yang pernah saya buat dulu.
 "Malah sejak berpindah rumah dan tinggal di Bangi yang terletak di hadapan masjid, perubahan itu semakin terasa. Saya bersyukur doa saya kepada Allah dimakbulkan," katanya. Tambah Shamsul, perubahan itu bukan bererti dia akan meninggalkan dunia hiburan sebaliknya akan terus menerima tawaran berlakon dan nyanyian jika bersesuaian dan kini lebih selesa dengan program berbentuk keagamaan dan bakal muncul dengan sebuah program terbitan TV Al-Hijrah berjudul Hijrah Munarawah.
 Dalam pada itu, isteri Shamsul iaitu Syarifah Azrinah Syed Ibrahim selamat melahirkan anak ketiga mereka pada pukul 10 malam Isnin lalu bernama Megat Ammar Azahar.

.
Jelas Shamsul, Megat Ammar dilahirkan secara pembedahan di Hospital An-Nur Bandar Baru Bangi dan isterinya masih ditahan untuk pemerhatian lanjut.
 Selain Megat Ammar, Shamsul dan isteri mempunyai dua lagi orang anak hasil perkongsian hidup mereka iaitu Megat Ummar Azhar, 8 dan Puteri Qaseh Batrysha, 3.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog