11 September 2013

Posted by jinson on 11.9.13 No comments
Kredit foto Faisol Mustafa.
Pelakon Nora Danish tidak keberatan sekiranya mana-mana pihak menganggap dia dan lelaki yang dikenali sebagai Nadem kini hangat bercinta gara-gara sekeping gambar romantik mereka berdua yang dimuat naik Nora di Instagramnya.
 Namun bagi ibu anak satu ini, kalau pun wujud ikatan cinta antara dia dan jejaka yang juga merupakan anak seorang menteri itu, dia tidak mahu terlalu mencanang hal tersebut selagi mereka belum betul-betul pasti mahu mengakhiri hubungan mereka ke jinjang pelamin.
 "Saya memang suka ambil gambar. Dan idea gambar sewaktu di Bali tu secara spontan. Saya tak salahkan orang kalau mereka kata kami bercinta. "Tapi bagi saya, saya tak mahu bercakap lebih-lebih tentang hal (cinta) itu sebab selagi tak ada kepastian, saya tak mahu hebahkan.
 Lain lah kalau dah betul-betul kami nak kahwin nanti baru saya kongsikan. Saya bimbang bila terlebih bercerita nanti takut kalau hubungan kami tidak menjadi", ujar Nora kepada Admin. Nora berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai sekeping foto dia bersama Nadem yang dilihat cukup romantik berlatarkan momen matahari hampir terbenam sekaligus menimbulkan spekulasi mereka sebenarnya memang bercinta.
 Gambar yang dirakamkan di Bali itu dimuat naik oleh Nora sendiri di laman sosial Instagramnya, sekitar bulan Syawal lalu.

.Sebelum ini  ada melaporkan bahwa Nora mengakui dia berkawan rapat dengan anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Y.B. Dato' Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz itu.
 Malahan persahabatan mereka telah terjalin sejak tujuh tahun lalu. Dalam pada itu Nora menjelaskan dia bukan pergi bercuti bersama lelaki itu di Bali. Sebaliknya dia membawa keluarganya iaitu anak dan ibunya ke sana dan kebetulan Nadem juga pergi bercuti di sana bersama kawan-kawannya.
 Jadi mereka berjumpa dan terus menikmati percutian tersebut bersama-sama di pulau itu. "Memang setiap kali Syawal kami sekeluarga suka pergi bercuti ke luar negara. Tapi tahun ni ibu saya tak berapa sihat. Jadi kali ini kami buat keputusan untuk pergi bercuti ke destinasi yang dekat. Kami pilih Bali sebab hanya 3 jam saja pernerbangan.
 "Kebetulan dia (Nadem) pun bercuti di sana dengan kawan-kawannya. Jadi alang-alang tu, kami berjumpa di sana" jelas Nora sekaligus menyangkal dakwaan dia membawa sekali ibunya semata-mata untuk 'coverline' hubungan mereka berdua. Sedang Kenal Hati Budi.

.
Bagaimanapun perkembangan terbaru hubungan mereka, Nora berkata dia kini sedang mengenali hati budi Nadem. Nora juga mengakui mereka kerap bertemu kerana rumah mereka terletak berdekatan.
 Malah anak-anak mereka juga berkawan baik. "Hala tuju tu tak ada tapi sekarang ni kami lebih pada mengenali hati budi masing-masing. klise kan...? (gelak). Saya ibu tunggal, dia pula bapa tunggal. Masing-masing dah pernah melalui alam perkahwinan.
 Jadi kali ini, kalau kami nak ke jinjang pelamin kami lebih memikirkan banyak hal dan tidak mahu terburu-buru. "Ya, saya kerap jumpa dia sebab rumah dia dekat dengan rumah saya. Lagipun famili saya dengan famili dia berkawan baik. Anak saya dan anak lelaki dia yang baru berusia setahun lapan bulan itu juga berkawan baik", katanya.
 Ditanya apa yang membuatkan dia tertarik pada lelaki itu, nora lantas menyifatkan Nadem seorang yang baik dan budiman. Sikap itu yang membuatkan dia selesa berkawan dengan Nadem. "Dia seorang lelaki yang baik dan suka hulurkan bantuan kepada orang susah. Dia suka buat amal.
 Saya juga selalu buat acara amal dengan dia. Jadi itu yang buat saya tertarik padanya dan selesa berkawan dengannya. "Kalau ada jodoh, InsyaAllah. Tapi sekarang ni saya tak fikir soal kahwin. Harap-harap satu hari nanti saya doakan Allah membuka pintu hati saya untuk berkahwin.
 Saya akui pengalaman lalu banyak mengajar saya", katanya yang bakal sibuk di set penggambaran filem Malam Pengantin, arahan Ira Rahman, tidak lama lagi.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog