11 September 2013

Posted by jinson on 11.9.13 No comments
Perbuatan Geng 04 di sekitar Ipoh baru-baru ini/ Pic: Sinar Harian
BUKIT MERTAJAM: Tiga geng Kumpulan 04 antara enam orang yang ditahan di sebuah rumah di Machang Bubuk di sini, awal pagi semalam.
 Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Negeri SAC Mazlan Kesah berkata kesemua mereka yang berusia antara 18 hingga 29 tahun termasuk seorang wanita ditahan kira-kira 5.40 pagi.
 "Bertindak hasil risikan dan maklumat awam, sepasukan pegawai dan anggota JSJ Kontijen Pulau Pinang dan Daerah Seberang Perai Tengah menyerbu rumah berkenaan dan menahan enam orang itu.
 "Hasil siasatan mendapati tiga daripada mereka merupakan geng kongsi gelap Kumpulan 04," katanya kepada Bernama.
 Beliau berkata polis turut menemui selaras senapang palsu. Mazlan berkata pihak polis tidak menolak kemungkinan kesemua mereka terbabit dengan aktiviti jenayah. Beberapa lagi anggota kumpulan berkenaan sedang dikesan, katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog