11 September 2013

Posted by jinson on 11.9.13 No comments
.
Setelah menjalani beberapa pembedahan, anak Ahmad Dhani, iaitu Abdul Qodir Jaelani, 13, atau Dul sudah sedarkan diri tetapi masih berasa sakit pada bahagian perutnya. Anggota kumpulan Dewa itu memberitahu, anaknya mengalami pendarahan dalam perut dan dia bercadang menghantar Dul ke sebuah hospital di Singapura sekiranya keadaan memerlukan. "Dia mengeluh mengenai perutnya masih sakit," ujar Dhani kepada portal detikhot.com di Rumah Sakit Pondok Indah, Jakarta Selatan pada Selasa. Dalam kejadian Sabtu lalu, kereta Mitsubishi Lancer yang dipandu anak sulung Ahmad Dhani itu terlibat dalam kemalangan mengakibatkan lima orang meninggal dunia dan 11 yang lain cedera. Kejadian di Tol Jagorawi Bogor itu terjadi apabila Dul dikatakan gagal mengawal kenderaannya sebelum merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan sebuah bas mini. Dul yang tidak mempunyai lesen memandu mengalami patah tulang kaki, patah panggul, pendarahan di otak dan usus.

Ahmad Dhani.
Dalam pada itu Dhani berkata, dia bersyukur kerana keadaan anaknya beransur pulih dan berasa bersalah kerana menghadiahkan kereta tersebut kepada Dul bersempena dengan sambutan hari jadinya pada 23 Ogos lalu.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog