26 Ogos 2013

Posted by jinson on 26.8.13 No comments

Tahniah diucapkan buat penyanyi yang kini manis berhijab, Farah Asyikin mengesahkan dirinya kini hamil sembilan minggu menerusi akaun Instagramnya. Farah dan suaminya, Zaahier Stanley nyata teruja dengan khabar gembira itu kerana mereka memang berhasrat untuk menimang cahaya mata dalam waktu terdekat ini. “Sebenarnya saya dan suami memang sudah bersedia untuk menimang cahaya mata. Lagipun, keluarga saya suka bertanya. Maklumlah, ini perkahwinan kedua saya, jadi ramai yang ingin melihat saya dapat baby cepat-cepat,” katanya yang dipetik menerusi portal Gua. Farah turut mengalami masalah alahan yang kerap kali dikaitkan dengan ibu mengandung dan perkara itu telah memaksa dirinya untuk banyak berehat di rumah. “Sejak disahkan hamil, saya memang alami alahan yang agak teruk. Saya tidak boleh terlalu banyak bergerak kerana mudah penat. Selain itu, doktor juga nasihatkan saya supaya banyak berehat kerana ketika ini kandungan masih belum benar-benar kuat,” katanya. Dalam perkembangan lain, penyanyi yang popular dengan lagu Kembali Lagi Di Sisimu ini sudah merekodkan single terbarunya berjudul ‘I’m Nothing Without You (Allah)’ yang akan dilancarkannya dalam masa terdekat ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog