26 Ogos 2013

Posted by jinson on 26.8.13 No comments

“Saya terkilan kerana tidak sempat menyambut tahun baru bersama ibu bapa yang terbunuh dalam kemalangan ngeri,” kata Fizree Mohd Zakry, 25, mengulas tragedi menimpa keluarganya di Kilometer 419.5 Lebuhraya Utara Selatan berdekatan persimpangan susur keluar Plaza Tol Bukit Tagar, awal pagi kelmarin. Dalam kejadian jam 2.30 pagi, kereta Proton Waja dinaiki ibunya, Latifah Hashim, 48, bapanya, Mohd Zakry Othman, 56, bersama tiga penumpang lain dikatakan terbabas lalu merempuh besi penghadang lebuh raya. Menurutnya, ibu bapanya maut di tempat kejadian, manakala adiknya, Noor Fauzana, 22, Mohammad Fakrul, 17, dan rakan adiknya, Mohamad Ramadan Firdaus, 17, cedera ringan dan mendapat rawatan pesakit luar di Hospital Sungai Buloh (HSB). “Saya bergegas dari Terengganu ke Hulu Selangor apabila menerima panggilan daripada dua adik yang terbabit dalam kejadian itu, semalam. “Sungguh terkilan apabila saya tidak dapat bertemu ibu bapa untuk menyambut tahun baru di Temerloh, Pahang. Tuhan lebih sayangkan mereka,” katanya ketika ditemui di rumah mayat Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB), semalam. Fizree berkata, keluarganya dalam perjalanan pulang ke Felda Hulu Jempol, Temerloh, Pahang selepas menghadiri majlis kenduri perkahwinan jiran mereka di Alor Setar, Kedah. Beliau yang turut berkunjung ke Kedah bagaimanapun pulang lebih awal kerana menyambung kerja di Terengganu. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. Menurutnya, kejadian dipercayai berpunca daripada pemandu kenderaan yang mengantuk lalu terbabas dan melanggar besi bucu penghalang lebuh raya. Katanya, kereta mangsa remuk teruk dan Mohd Zakry tertusuk besi yang membengkok di dalam kereta sepanjang tiga meter. “Isteri mangsa, Latifah ditemui tercampak dua meter dari kereta melalui cermin depan. Sepasukan anggota pasukan Bomba dan Penyelamat Balai Kuala Kubu Bharu membantu mengeluarkan mayat mangsa dan tiga yang cedera,” katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog